Pages

Friday 24 October 2014

Mengapa kadangkala susu perahan saya cair?

Adakah anda pernah tertanya dalam hati kecil kenapa kadangkala susu perahan kita itu cair??Tahukah anda bahawa warna susu perahan ibu menyusu adalah berbeza di setiap peringkat penyusuan? 


1. Peringkat permulaan susu ibu adalah lebih cair kerana ianya mengandungi lebih banyak air berbanding dengan lemak. Susu di peringkat ini dikenali sebagai susu awalan atau "ForeMilk" (Cair - Kiri)

2. Setelah bayi minum agak lama, barulah susu yang pekat yang dikenali sebagai susu akhiran atau "HindMilk" akan dikeluarkan. (Pekat - Kanan)



                                  Gambar ihsan google

3. Susu peringkat akhiran ini biasanya mengandungi lebih banyak lemak. Sebab itulah warnanya pun lebih pekat. 

4. Oleh yang demikian, untuk memastikan bayi mendapat khasiat susu ibu yang sepenuhnya. Ibu-ibu menyusu hendaklah memastikan bahawa bayi menghisap sehingga kedua-dua payudara kosong kesemuanya.

5. Masa yang diambil untuk proses mengosongkan setiap belah payudara adalah lebih kurang 15 -20 minit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com