Pages

Sunday 12 October 2014

Cara memerah susu menggunakan tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nak dijadikam cerita medela pump kesayangan eta rosak khamis lepas.Boleh tengah2 layan pam tetiba stop dan xfunction terus xboleh on.Panic dah dan terus tanya member mana nak repair.DAN  google alhamdulillah ada medela center kat jelutong. Terus call dan orang kat center tu kata datang sabtu untuk diorg check apa problem. Dan pagi sabtu tu hubby p hantar untuk check then orang tu kata motor rosak dan cajnya rm500++ dan kalau ada problem suction skali cajnya rm700 ++. Wah mahu pengsan sekejap masa hubby call. Otak pun pening memikirkan apa nk buat nih..nk repaur ke nak beli yang baru aje..saya doa masa solat minta Allah tunjukkan jalan. Tetiba teringat kat akak yang saya beli pump ni.Saya beli online dengan beliau, jumpa kat fb akak ni, page dia (Jualan Murah Uk). Memang murah ok saya beli pump medela ni, hanya rm1200 ja..mana nak dapat kat msia ni.Siap boleh 3x bayar pulak tuh.Habis bayar beliau poskan.Ok saya pun msg gtau akak tu dan ini jawapannya, saya printscreen ya.

Alhamdulillah syukur, kak harteny bagi good respons. Lega hati saya kalau xmelayanglah duitku 500 ke 700..Walau kena tanggung kos pos balik medela yang rosak ni ke uk still berbaloilah.Saya dapat yang baru.Memang bagus service diorg. 

Ok sementara tunggu pam baru smp maka terpaksalah saya menggunakn teknik legend untuk mengepam.Susu saya banyak kalu xpam memang cik b akan membengkak dengan jayanya.Mula2 guna pam manual pureen (1st pump hubby beli, ms tu xbanyak duit dan xada ilmu mengepam), Ya Allah letihnya lenguhnya habis sakit satu badan nak dptkan 1oz pun.Then saya amik pam letrik spectra3 saya yang saya gunakan masa menyusu qayyum dulu.Pun Ya Allah sakitnya sebab sp3 saya dah rosak kat suction dia rupanya, maklumlah da 3 tahun xjenguk beliau, dah jadi gini br nak ingat beliau hehe.Tapi still saya xboleh nak teruskan..sampai luka puting..Dan saya pun try pump guna tangan ja, eh ok jgak walau letih dan rasa nak juling jgak butir mataku nih, tp dptla paling byk pun 3oz sebab xlarat nak tunggu..dah biasa senang dgn cik medela malas la kan hehe..
Tapi bahananya cikb terus membengkak, baby qayyim pun kurang minum susu sebab beliau sedang selesema, lagilah merana.Dan saya terus google cara2 nak buat perahan melalui tangan dengan betul.Teknik marmet namanya.Alhamdulillah ni susu yang saya dapat tu pun xlrt nk buat smp habis dan baby qayyim dah bangun nak menyusu :)

Hasil Susu yang diperah melalui teknik marmet

Banyak kan..lebih kurang sama kalau saya gunakan cik medela saya. ALHAMDULILLAH rezeki qayyim. Ok saya share cara2 nak gunakan teknik marmet nih..

.................................................................................


MACAM MANA NAK PERAH SUSU GUNA TANGAN ATAU TEKNIK MARMET?

Sebelum memulakan teknik mamet seharusnya anda melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.

MENGURUT

✎ Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Setelah itu, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Dan kemudian, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut :

Massage
❤ Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan

Stroke
❤ Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh 'menyikat' payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola

Shake
❤ Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membnatu meransang pengeluaran susu ibu

MEMERAH

Langkah 1



Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
1) buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

2) tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi

3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

4) ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. lakukan gerakan memerah sama sepperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya

6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih

7) beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara


Langkah 2


Melancarkan aliran susu
1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain

2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu

Elakkan Pergerakan ini!

✘ Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam
✘ Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara
✘ Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit - 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 - 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara

Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu

sumber:pa&ma


...............................................................................................................................

Ok harap dapat membantu ibu2 kat luar sana ya.Nak tahu rahsia susu eta banyak nanti eta share kat entry yg lain ya. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com