Pages

Wednesday 10 June 2015

Sekeping Hati Yang Kental

 Sekeping hati yang kental. wah romantis la pulak cikta malam2 nih hehe..
tiba-tiba rasa nak share sebab hati eta kurang kental walau orang selalu kata saya ni kuat dan kental. Ya lah kita manusia kadang di atas kadang di bawah. Terpulang pada kita macamana nak handle situasi kan. Selebihnya Allah Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku pasti bersebab,salah satu contoh yang dialami oleh eta sendiri semalam, terlepas simpang menghala ke stokis shaklee, takut dan risau sesat lagi. Pernah 2 jam eta sesat hanya berpusing-pusing dalam bandar Ipoh saja, eta masih tak 'expert' jalan-jalan di Ipoh ni. Rupanya Allah 'sesatkan' eta kerana nak tunjuk jalan yang lebih dekat dan senang untuk ke stokis shaklee tanpa perlu membuat pusingan U Turn seperti biasa. Subhanallah hebat sungguh perancangan Allah. Sama juga dalam bisnes, gagal sekali bukan gagal untuk selama-lamanya. Untuk berjaya perlukan gagal berkali-kali. Yang penting usaha dan tak pernah putus asa. Allah tak izinkan lagi untuk kita berjaya kali ni mungkin mahu kita belajar lebih lagi supaya apa sahaja dugaan mendatang selepas ini, dah kebal orang kata. Pengajaran yang eta dapat dari situasi tersebut, harus berbaik sangka dengan Allah, jangan mengeluh, banyakkan istighfar, zikir dan mendekati Nya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan dituduh Allah itu kejam kerana Dia lebih Mengetahui. 

ok lah jom layan lirik lagu ni
mendalam maksudnya
Untuk berjaya dalam pendakian ke puncak
modal yang diperlukan hanyalah sekeping hati yang kental
.............................................................................................................................
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com