Pages

Wednesday 22 October 2014

GALAKKAN PERKAHWINAN CAMPUR UNTUK KEHARMONIAN KAUM

Assalamualaikum, entry ni saya jumpa di blog dr MAZA. Kita tgk dulu ulasan dari DR MAZA. dan saya akan kaitkan dan kongsi serba sedikit dengan kehidupan saya bersama suami berbangsa cina.


Kahwin boleh menjadi salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. ‘Kahwin campur’ ataupun kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Dalam konteks negara seperti Malaysia, saya berpendapat kita amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. 

( Perkahwinan saya antara Melayu dan Cina ) 

Namun, perkahwinan tersebut perlu memastikan nilai-nilai yang berikut;

 1. Bagi muslim, hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam. 

(Alhamdulillah kami berdua saling ingat mengingati dan sama-sama belajar. Paling Penting kami akan solat berjemaah jika bersama,ini bagi memastikan keberkatan rumah tangga kami)

2. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik. Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum. 

(isu ini terpulang pada hak individu. Saya memilih untuk toleransi.Kami masih mengekalkan budaya dan adat resam masing-masing dan suami saya tetap cina dan tidak sesekali menjadi 'melayu' dan saya masih melayu tidak sesekali menjadi cina. Bila tiba Hari Raya,kami sambut hari raya bersama-sama dengan keluarga saya.Manakala bila tahun baru cina kami sambut bersama2 dengan keluarga cina. Apa yg haram kita jauhi,alhamdulillah keluarga suami memahami dan menghormati kami.)

                             - Gambar Hiasan  Majlis Perkahwinan Saya pada 4 July 2009


gambar bersama2 kawan suami yang juga memeluk islam 


3. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya):

 Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.                         (Surah al-Hujurat: 13).

(Bab ni juga perlukan persefahaman dan sentiasa discuss jika ada yg kurang senang,sama2 perbaiki. Harus sentiasa berbincang bagi mengelakkan salah faham maklumlah banyak beza yer budaya melayu dgn cina contoh bab makan menggunakan tangan dan chopstick. Saya belajar makan menggunakan chopstick manakala suami belajar makan menggunakan tangan,kekok juga tgk beliau pada awalnya sampaikan last sekali minta sudu :) sebab xreti haha..tp sekarang dah expert ya,saya pun alhamdulilllah).

 4. Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah ‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama.

(kami xpernah halang untuk balik ke kg masing2,keluarga saya di kuala kangsar manakala suami di ipoh so kalau balik kami akan bahagi hari,sehari di kuala kangsar sehari lagi di ipoh. Adil kan, Keluarga kami masing2 ok. Saya xda masalah balik ke rumah keluarga suami,walau ada tempat diorg sembahyang,jgnla p sembah hahaha,,biarla tu kepercayaan dia,jgn la ikut,pada anak2 explain siap2 setiap kali balik,tanam ajaran agama pd anak2 dr kecil,bagitahu mana yg betul,apa agama kita.

Dan suami saya juga mantainkan nama cina beliau. Nama islam kan maksud yang baik2 saja. Bukannya mesti berbin kan. Malah anak2 kami juga kami campur nama. Depan bermula nama Islam ,belakang maintain nama keluarga cina. Saya tak kisah janji anak saya islam dan suami saya follow islam. 

 5. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata.

 Sabda Nabi s.a.w “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan”

(Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

 Maka, tidak boleh ada dalam perkahwinan campur itu pemaksaan budaya sesuatu kaum terhadap kaum yang lain. Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara kaum.

 Justeru itu, kita patut menggalakkan ia berlaku. Golongan berpengaruh dan kerajaan hendaklah menggalakkan hal ini. Bahkan insentif tertentu patut diberikan kepada pasangan yang ingin berkahwin rentas kaum seperti ini.

Perkahwinan campur ni bagus ya, banyak kelebihannya, walau mcm2 dugaan pada awalnya tapi alhamdulillah Allah tu Maha Adil,akhirnya everythings going smooth. Anak pun dah 2 sekarang :).

Hasil perkahwinan kami lahirlah 2 anak comel ni.


Qayyum Lee Rui Yan
Qayyim Lee Rui Yi


 sumber: blog: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com