Pages

Sunday 28 September 2014

Kesayanganku dunia akhirat

Assalamualaikum alhamdulillah syukur kepada Allah saya dikurniakan 2 cahaya mata yang membahagiakan saya dan suami. Hari2 walaupun sibuk bekerja, pulang dari kerja segala penat lelah hilang selepas menatap 2 princess kesayangan. Walaupun pelbagai ragam kadang-kadang xterlayan dan menguji kesabaran saya tetap rasa bahagia. inilah gambar2 princess kesayangan saya. Comel kan ? hehe.


Qayyum Lee Rui Yan (day 1)-hospital besar taiping
8th july 2011


                                      


Qayyim Lee Rui Yi (day 1) Hospital Besar Pulau Pinang
28 june 2014


Bila berdua :)



Idea Kreatif Di Dapur Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disini eta nak kongsikan beberapa idea menarik yang boleh dipraktikkan kat dapur kita. Contoh kentang tu, selalunya akan bercambah dulu sebelum habis diguna hehe (eta lah tu) sebab suka beli kuantiti yang banyak konon malas nak keluar banyak kali padahal hari-hari keluar kot hehe. Ini semua hasil google en suami tersayang sebenarnya sebab kesian kat isteri dia membebel sendiri bila makanan kat dapur rosak. Eh pelik haha. Membebel sendiri ya. Itulah wanita yang bergelar isteri suka membebel tak gitu hehe. Membebel tu tandanya sayang kan. Ok jom kita baca. Moga bermanfaat untuk sahabat semua.
..............................................

1. Simpan epal bersama-sama dengan ubi kentang untuk menggelakkan ubi kentang daripada bercambah.


Carian Google

2. Balut bahagian bawah pisang dengan protective film untuk menggelakkannya menjadi cepat rosak.


Carian Google

3. Simpan ice-cream dalam freshness plastic beg, ianya tidak akan jadi terlalu keras. 

Carian Google

4. Letak senduk kayu di tengah-tengah  pot untuk menggelakkan sup daripada melimpah.

Carian Google

5. Basahkan jari dengan air dulu untuk ambil kerak telur dalam mangkuk.

Carian Google

6. Botol Pringles 'just nice' untuk menyimpan Spaghetti. 


Carian Google

Oh best kan idea - idea ni kalau kita praktikkan di rumah. Ada lagi tau, nanti baca di entry kedua Part 2 ya.





Nur Hazrita Binti Abdul Kahar (eta)
Shaklee Independent Distributor (ID 1072211)
0125785845 
hazritakahar@gmail.com
https://www.facebook.com/nurhazrita
https://www.facebook.com/vitaminsupplementeshop
COD : Area ipoh

Idea Kreatif Di Dapur Part 2

Ok jom kita sambung baca. Lagi idea kreatif yang boleh dipraktikkan di dapur kita.
...................................

7) Guna keratan bawang putih jadikan acuan untuk telur goreng. JIMAT kan, kenapalah tak terfikir, siap beli acuan kat DAISO haha tapi jarang guna..selalunya hentam ja telur tu nak jadi bentuk apa.

Carian Google

8) Guna 'dental floss' untuk memotong kek & cheese untuk garisan potongan yang kemas.

Carian Google

9) Cara terbaik untuk merebus telur bentuk 'love' untuk darling anda

Carian Google

10) Cara terpantas untuk menyejukkan minuman dalam peti ais: balut tin/botol minuman dengan tisu basah & masukkan kedalam peti ais.

Carian Google

11) Cara terbaik untuk tuang minuman kotak ialah..........

Carian Google


Ok setakat tu saja kali ni yang dapat dikongsi untuk sahabat. Next project nak DIY kan botol-botol vitamin shaklee. Sayang kalau dibuang.





Tuesday 23 September 2014

13 Tempat Penginapan yang unik di serata dunia (Part 2)

We're back........sambungan dari part 1 ...
unik sunnguh hotel2 ni..kreatif..


7) Sala Silvermine Underground Suite -Sweden

8) The Bubble Tree - Perancis

9) The Canyon Caverns Suite - Arizona, USA

10) The Capsule Inn - Jepun

11) The Gamirasu Cave Hotel - Turkey

12) Arctic Snow Hotel, Rovaniemi, Finland

13) Boat house, Holland

www.hazritakahar.blogspot.com
hazritakahar
012-5785845

Monday 22 September 2014

Arctic Lights Ataupun dikenali sebagai Aurora di Iceland.....Destinasi Idaman hubbyku

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca. 

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai Arctic lights. Arctic lights atau lebih dikenali sebagai aurora merupakan satu tanda kebesaran Allah di muka bumi ini. Ianya biasanya bermula dari Ogos ke Februari setiap tahun (di artik).

Peluang untuk menikmati permandangan yang unik ini lebih besar dalam tempoh masa diatas di artik kerana pada masa itu, jangka masa malam adalah lebih panjang daripada siang. 

Walaupun kami belum berpeluang lagi untuk menikmati permandangan yang menggambarkan ciptaan agung Allah ini di artik, marilah kita tengok video Arctic Lights yang dirakam di lebih daripada 50 lokasi di Iceland. 


Carian Youtube

www.hazritakahar.blogspot.com 
hazrita kahar
012-5785845

Friday 19 September 2014

13 Tempat Penginapan yang Unik di serata dunia (Part 1)

Setiap kali kita merantau di perantauan lain, kita pasti menginap di hotel yang mempunyai ciri-ciri yang sama --- 3 bintang, 4 bintang, 5 bintang. Ataupun 6 bintang? Bilik-bilik yang tersusun berderet di koridor yang panjang, swimming pool yang besar, lif yang mewah, buffet yang enak serta ciri yang paling penting ------ pelancong yang ramai di lobi, restoran dan dimana-mana saja!!!!

Jikalau kita rajin search dengan Google, kita akan dapati terdapat banyak hotel-hotel yang unik di merata dunia untuk kita explore. 

Saya cuba senaraikan beberapa buah hotel yang mempunyai tema yang begitu unik dan hubby dan anak-anak saya pasti seronok menginap disana suatu hari nanti, InsyaAllah.


1) Giraffe Manor - Kenya

2) Capsule Hotel - Belanda

3) Das Park Hotel - Austria



4) Jumbo Hostel - Switzerland

5) Kumbuk River Resort - Sri Lanka
  

6) La Villa Hamster - Perancis



To be continued.........

www.hazritakahar.blogspot.com
hazritakahar
012-5785845

Thursday 18 September 2014

4 Jenis Makanan yang Akan Menjejaskan Susu Ibu Anda!!!!

Adakah anda risau pasal apa-apa yang anda tidak patut ambil semasa anda memberi susu badan kepada baby anda? Adakah anda risau susu badan anda terganggu jika tersilap mengambil makanan? Sekarang anda tidak perlu risau lagi sebab anda perlu mengambil tahu 4 jenis makanan ini sahaja!!!! 

Mungkin anda pernah dengar macam-macam peringatan bahawa anda perlu menjauhi sesetengah makanan yang memang 'strong flavored' umpamanya makanan pedas & berempah serta ketika anda breastfeeding? Berikut adalah 4 jenis makanan yang patut anda jauhi & hadkan permakanannya dan bukannya makanan berempah & pedas!!!

 

1) Ikan yang mengandungi kandungan Mercury yang Tinggi 

Secara amnya semua jenis ikan mengandungi mercury iaitu sejenis bahan pencemaran yang dikenali sebagai neurotixin yang akan merosakkan otak baby!!! Namun begitu, kebaikan makan ikan seperti kandungan protein yang tinggi & lemak yang rendah telah mengetepikan risiko mengmbilnya semasa anda memberi susu badan.

Sebenarnya kebanyakkan ikan pun mempunyai kandungan yang mercury tertentu yang boleh diterima. Sebenarnya ikan yang perlu anda jauhi ialah ikan todak, ikan tenggiri, ikan jerung dan sebagainya.

Ikan-ikan sebegini merupakan ikan pemangsa dalam hirarki tertinggi, maka kandungan mercury dalam badan mereka juga adalah yang paling tinggi. Jadi mereka hendaklah disingkirkan sepenuhnya daripada senarai makanan anda. Ikan-ikan yang mengandungi kandungan mecrury yang rendah ialah ikan salmon, ikan tuna, ikan keli & udang.

 
Carian Google - Ikan Salmon

2) Minuman berkafein 

Minuman berkafein adalah merujuk kepada kopi, teh dan sebagainya. Walaupun kita selalu dengar nasihat bahawa ibu menyusu tidak boleh minum kopi & teh, namun sebenarnya ianya adalah dibolehkan dengan syarat dalam dos yang sedikit.

Maka anda jangan risau dan teruskan dengan secawan kopi pada waktu pagi ataupun minum teh petang; dengan syarat TIDAK LEBIH DARIPADA DUA CAWAN SEHARI

Adalah diketahui bahawa kandungan kafein akan diserap kedalam saluran darah kita dan bercampur dengan susu badan kita. Jadi kalau kita mengambil minuman berkafein yang berlebihan, baby kita akan rasa gugup atau gelisah.  

Carian Google

3) Pudina  

Kita tak mungkin makan pudina dalam kuantiti yang banyak. Akan tetapi pudina adalah herba yang diketahui umum yang akan membantutkan bekalan susu badan kita.

Sesetengah ibu menyusu di luar negara menggunakan pudina sebagai medium untuk menghentikan bekalan air susu badan. Walaupun secawan teh berpudina tidak akan membawa kesan sedemikian, namun ibu menyusu kena berhati-hati dengan kesannya.

Carian Google

 4) Daun Saga  

Daun saga mempunyai kesan yang serupa dengan pudina dimana ianya digunakan untuk menghentikan bekalan susu badan. Namun ianya memerlukan kuantiti yang banyak untuk mencapai kesan sedemikian.


Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan,Ingin mencuba supplement untuk penghasilan susu ibu yang lebih baik boleh hubungi saya



Wednesday 17 September 2014

Magical Europe Time Lapse Video!!!


Carian Google

Stan Chang dari Taiwan ini telah menjelajah Eropah bersama-sama dengan isteri & anaknya, 2 kamera, 30 negara, 60 penerbangan, 1,000++ buah video berbentuk time lapse yang dirakam, 200,000 keping gambar yang ditangkap, semua ini dalam data sebanyak 20 Terabytes untuk tontonan anda!


Permandangan negara-negara yang muncul dalam video ini ialah:

Austria, Belgium, Bosnia, Croatia, Czech, Denmark, Estonia, France, Finland, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Italy, Liechtenstein, Malta, Montenegro, Holland, Norway, Portugal, Russia, San Marino, Slovenia, Slovensk, Spain, Sweden, Switzerland, UK dan Vatican City.

Kepada para pengembara, ENJOY THIS VIDEO!!!!! 

www.hazritakahar.blogspot.com
hazritakahar
012-5785845

Takut jatuh tersungkur???Adakah kegagalan anda lebih hebat daripada mereka???

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kegagalan 7 orang kenamaan sebelum kejayaan.

Kejayaan bagi sesetengah orang nampak macam begitu senang dicapai. Namun kita tidak pernah tahu kegagalan yang pernah mereka lalui serta liku-liku hidup yang ditempuhi.

Berikut adalah cerita kegagalan bagi 7 orang kenamaan yang tidak diketahui umum. Jika kita masih dalam mode 'keep trying' & 'never give-up', nescaya kejayaan tidak jauh daripada kita, InsyaAllah.

1) Bill Gates

Bill Gates, kebanyakan orang menggunakan Windows & Microsoft Office setiap masa, 24/7. Namun tahukah kita beliau pernah bercuba nasib dalam perniagaan pertamanya dengan Paul Allen yang bernama Traf-O-Data???




2) Elvis Presley

Beliau pernah dipecat oleh pengurus selepas persembahan??


  

3) Sir Isaac Newton

Sir Isaac Newton pernah menguruskan ladang milik family beliau? Yang kami ketahui hanya Hukum Newton yang famous....




4) Akio Morita

Pengerusi Sony yang famous dengan gadget elektronik pada hari ini, produk pertama adalah periuk nasi??




5) Walt Disney

Cerita 'Frozen' yang diminati oleh kebanyakan budak mahupun orang dewasa adalah keluaran daripada syarikat Disney. Pengasasnya pernah dipecat dengan sebab 'tiada imaginasi & good idea'..........




6) Harlen David Sanders

Resipi beliau pernah ditolak oleh lebih daripada 1,000 restoran. Adakah kita pernah ditolak sebanyak beliau??




7) Vincent Van Gogh

Hanya sekeping lukisan terjual sepanjang hidup beliau.



Jadi, dimanakah kita sekarang?. Sikap malas,suka bertangguh dan cepat putus asa menjadi penghalang kepada kejayaan kita. Mereka berusaha bersungguh-sungguh dan tidak pernah putus asa, hasilnya seperti yang kita lihat sekarang. Semoga semangat juang mereka tersemat dalam diri kita juga. Moga kejayaan bersama kita tidak kira dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Orang yang berjaya mencuba berkali-kali, orang yang gagal adalah orang yang tidak pernah mencuba.

www.hazritakahar.blogspot.com 
facebook : Nur Hazrita
hazrita kahar
012-5785845

Kelebihan kahwin campur

APA uniknya perkahwinan campur?. Itulah persoalan utama yang saya ajukan kepada bekas Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abdul Kadir Talib pada pertemuan ringkas di rumahnya di Taman Seri Reko baru-baru ini.


“Keistimewaan paling utama terletak pada zuriat yang bakal dilahirkan. Mereka adalah pembawa baka genetik yang diwarisi daripada keturunan nenek moyang kedua-dua ibu bapanya,” ujar beliau yang pernah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan.

Malah beliau sendiri mempunyai pengalaman berkahwin dengan bukan wanita tempatan.
Sebaliknya, Allah s.w.t. menetapkan jodohnya dengan seorang wanita warganegara mesir keturunan Turki, Allahyarham Sohair Abdel Moneim Ibrahim Serry sewaktu melanjutkan pelajaran ke Mesir.
“Sebenarnya, apabila kita membicarakan soal perkahwinan campur, banyak perkara yang harus diambil kira.

“Paling utama ialah bagaimana kita mendidik pasangan agar menyesuaikan diri dengan cara hidup orang Melayu.

“Di samping itu, bagi pasangan yang berkahwin dengan saudara baru, berbeza pula pendekatannya kerana ia melibatkan aspek amalan agama Islam,” jelasnya mengenai perkahwinan campur.
Menurut beliau, perkahwinan adalah perkara mulia yang dituntut agama. Rasulullah s.a.w. sendiri menggariskan empat perkara untuk dijadikan panduan kepada umatnya dalam hal memilih pasangan, iaitu kecantikan, kekayaan, keturunan mulia dan pegangan agama.

Bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. menasihati umatnya agar berkahwin dengan pasangan yang mempunyai latar belakang didikan agama yang teguh berbanding tiga perkara tersebut.
Ini bagi mengelakkan pelbagai masalah timbul dalam kehidupan alam yang sentiasa bergolak.

Pemilihan

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Berhati-hatilah kamu dalam menentukan pemilihan bagi menurunkan baka kepada mana-mana pihak dalam cara yang baik dan selamat dengan pilihan yang tepat.”
Sesungguhnya, Islam amat memandang berat terhadap baka keturunan bagi memelihara kesucian umat Rasulullah s.a.w.

Perkahwinan campur di Malaysia juga tidak terhad antara Melayu dan Cina ataupun Melayu dan India.
Dalam dunia global hari ini, pergaulan sesama manusia juga semakin melebar dan hampir tiada batasan.
Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi komunikasi menggalakkan interaksi yang luas antara masyarakat antarabangsa.

Dalam konteks ini, Islam mengharuskan dalam soal pemilihan pasangan termasuklah berkahwin di kalangan warga luar.

Hakikatnya, berkahwin dengan saudara baru merupakan dakwah praktikal yang paling mujarab kerana ia akan menyebarkan keturunan di kalangan bukan Islam.
“Walaupun Islam membenarkan tetapi masalah dari segi keagamaan, akhlak dan adat resam hendaklah diambil kira, supaya tidak terbawa-bawa budaya dari negara asal yang tidak berapa sesuai dengan suasana masyarakat di sini,” ujar beliau merujuk betapa Islam memandang berat soal keturunan yang bakal dilahirkan.

Perkahwinan merupakan perkara paling mulia di sisi agama. Atas sebab itu, perkahwinan perlu diputuskan antara lelaki dan perempuan berlainan asal usul dan keturunan, yang dilakukan atas nama Allah s.w.t. dengan adanya wali dan akad.
Dalam alam nyata yang perlu dihayati, perkahwinan campur jika dilakukan atas landasan yang betul, akan melahirkan zuriat yang ketara dari segi kecerdikan, kepintaran dan kecantikan hasil percantuman darah yang berbeza.

“Rasulullah s.a.w. sendiri menggalakkan umatnya memilih pasangan yang tidak terlalu rapat hubungan saudaranya.

“Sebaik-baiknya pilihlah pasangan yang di luar kelompok saudara mara,” tambahnya.
Beliau tidak menafikan, ada segelintir masyarakat yang `pekat’ didikan Melayunya, sukar menyesuaikan diri dengan cara hidup pasangannya yang berbeza.

Keharmonian

Bagi Abdul Kadir, untuk memelihara keharmonian rumah tangganya, beliau mengambil pendekatan mudah dengan tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan isterinya.
Mengimbas kembali detik awal perkahwinannya kira-kira 39 tahun yang lalu, beliau berkata segala yang berlaku di luar perancangannya.

Mereka bertunang selama tujuh tahun sejak isterinya berumur 14 tahun dan belajar di sekolah menengah, sebelum mengambil keputusan berkahwin pada 11 Oktober 1964.

“Selepas berkahwin, saya bawa isteri saya pulang ke kampung di Johor. Bukan hendak menduga akalnya, tetapi dia tidak pernah membantah, malah mengikut sahaja ke mana saya pergi termasuk meredah paya, sungai dan sawah padi,” kenang beliau mengenai keistimewaan isteri yang amat dikasihi, yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Membentuk

Walaupun berkahwin dengan orang luar, Abdul Kadir berjaya membentuk isterinya untuk menjalani hidup seperti orang Melayu termasuk memakai baju kurung, memasak makanan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.
“Manusia sentiasa dibekalkan dengan akal dan ilmu. Jika seorang suami dan isteri yang bijak, maka tidak timbul masalah penyesuaian budaya jika berkahwin dengan orang asing,” jelasnya lagi.
Menurut beliau yang berasal dari keturunan Bugis, keenam-enam anaknya mempunyai perbezaan yang ketara dari segi rupa paras, kecerdikan dan warna kulit kerana mewarisi gen nenek moyangnya.
Anak sulungnya, Wafa, 39, mewarisi darah keturunan Arab daripada ibunya. Begitu juga anak keduanya, Jamal, 37. Manakala Ilham, 35, Amar (meninggal sewaktu berumur 10 tahun), Hibatullah, 29 dan yang bongsu, Badriah, 27 masing-masing turut mempunyai keistimewaan tersendiri.
Kesungguhan isterinya mendalami bahasa Melayu terbukti apabila beliau sanggup mengikuti kursus di Universiti Malaya (UM), walaupun fasih berbahasa Inggeris dan Arab.
Selain menjadi anggota Persatuan Penterjemah Malaysia peringkat antarabangsa, isterinya juga merupakan tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 25 tahun, dan dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Pengajian Bahasa Arab.

“Saya sangat bangga dengannya apabila suatu hari isteri saya berkata, “Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia tetapi saya berasal dari Mesir dan berdarah keturunan Turki” katanya tersenyum.

Pada pandangan beliau, selain tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan, beri masa kepada pasangan untuk memilih yang terbaik dan pada masa yang sama, bimbinglah mereka berdasarkan acuan budaya Melayu dan tuntutan agama Islam.

Source :
© Utusan Melayu (M) Bhd



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com