Pages

Wednesday 29 October 2014

Kelebihan Susu Ibu

Benarkah susu ibu adalah pilihan yang terbaik terhadap bayi kita?


Saya nak kongsikan beberapa fakta mengenai kebaikan menyusui bayi kita, harap anda semua dapat manfaat daripada perkongsian ini:

1. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya.

2. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:

a. gastroenteritis;
b. pneumonia dan bronkolitis;
c. jangkitan salur kencing;
d. ekzema;
e. jangkitan telinga.


3. Bayi yang diberi susu badan mempunyai tekanan darah & kadar kolesterol lebih rendah lantas kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

4. Menyusu badan dapat mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid).

5. Ia dapat melindungi ibu menyusu daripada kanser ovari dan osteoporosis (tulang lemah) ketika lanjut usia.

Jadi berusahalah kita sebagai ibu untuk memberikan yang terbaik untuk bayi kita. Niatkan dari awal masa mengandung lagi mahu susukan anak sehingga 2 tahun dan berusaha mencari ilmu tentang penyusuan. Banyak yang memberi alasan tak ada susu tapi sebenarnya tak ada ilmu. Sama seperti saya sebelum ini, kurang ilmu penyusuan menyebabkan anak pertama hanya sempat setahun sebulan sahaja. Insyaallah anak kedua saya akan berusaha sehabis mungkin untuk PHD dalam penyusuan.

Ada masalah penyusuan dan ingin mendapatkan supplement bagi meningkatkan pengeluaran susu boleh hubungi saya.


1 comment:

Mimie said...

Susu ibu memang banyak khasiatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com