Pages

Saturday 21 June 2014

Tips bawa anak ke surau atau masjid

Mungkin ada ibu bapa di luar sana yang berasa tak yakin untuk pergi ke masjid atau surau dan bawa anak kecil bersama. 

Antara 10 tips yang boleh saya kongsikan adalah :

1.Niat. Ikhlaskan diri mahu bawa anak kerana mahu biasakan mereka dengan suasana masjid. Moga-moga anak ini sangat mencintai masjid apabila dewasa nanti.

2.Pastikan masjid atau surau adalah mesra kanak-kanak. Selalunya masjid/surau yang besar agak mesra. Kalau yang bersaiz kecil, anak-anak pun rasa tak puas mahu berlari. Mak ayah mula rasa stress jika 'ditegur' oleh jemaah lain.

3.Sebelum dibawa ke masjid/surau, pastikan anak sudah kenyang dan selesa. Sebelum keluar, mandikan dan beri makan dahulu.

4.Gantikan pampers. Walaupun Fatih sudah tidak memakai pampers, saya tetap pakaikan juga jika mahu ke masjid. Alhamdulillah, Fatih boleh bertolak ansur.

5. Bawa bekal makanan, air dan persalinan baju sebagai persediaan.

6.Beritahu pada anak tentang tujuan kita hendak membawa mereka ke masjid/surau.

7.Boleh bergilir dengan suami ketika mahu solat. Biasanya suami yang solat jemaah, lebih afdalnya begitu. 

8.Jika anak dah tunjukkan tanda tak selesa seperti menangis, mengamuk atau membaling barang, sudah masanya untuk pulang ke rumah.

9.Ibu mesti kuat semangat kalau terasa penat. Maklumlah anak-anak aktif berlari kesana-kemari di dalam masjid. Saya selalu fikir macam ini : kalau dibawa ke shopping kompleks boleh, masakan pergi ke masjid sekejap tak boleh.

10.Tebalkan telinga jika ada suara halus yang menegur tentang larangan membawa anak ke masjid/surau. Ingat, Islam tidak pernah menjadikan anak kecil penghalang dengan Allah.

Nabi S.A.W sangat menyayangi anak-anak kecil. Banyak kisah tauladan bagaimana Nabi meraikan anak-anak kecil ketika berada di masjid. Subhanallah. Alangkah indahnya andai baginda S.A.W ada bersama kita pada waktu ini.

Credit to kak maisyarah mah
Rakan fb saya atas perkongsian ini

Wednesday 18 June 2014

Tips memarahi anak dengan cinta :)

Tip Memarahi Anak Dengan Cinta

1. Istighfarlah sebelum memarahi. 

Bila 'marah', itu suasana hati yang 'manusiawi'. Ia sekelip mata boleh bertukar menjadi 'syaitoni'. Tindakan 'memarahi' mesti bersama suasana hati yang bersih, bukan emosi tak terkendali. Istighfarlah.

2. Terangkan akibat setiap perbuatan, bukan ancaman menggunakan posisi kita yang lebih tinggi.

Contoh:

"Kalau adik tak patahkan barang kakak, nanti Allah sayang. Malaikat catat, adik ni baik. Pandai jaga barang kakaknya."

Contoh ancaman:
"Hah gaduh? Nak kena tambat atas pokok!"

3. Ajak anak berjanji dengan Allah.

Contoh:

"Ummi tak suka marah kakak. Ummi suka senyum je untuk kakak. Tapi Ummi terpaksa marah kakak kalau kakak ada sebut perkataan tak soleh. Ummi malu dengan Allah kalau kita mungkir janji. Kitakan dah janji, nak jadi hamba Allah yang berakhlak mulia."

4. Sesekali, ajar anak yang sering menganiaya adik beradiknya yang lain tentang 'keadilan'. Ajarkan juga anak yang dianiaya tentang 'kemaafan'.

Contoh:

Si adik suka tarik rambut abangnya.
Sesekali, pegang si adik dan serahkan kepada si abang, katakan, " Orang yang tarik rambut orang, boleh ditarik rambutnya."

Tapi sebelum si abang tu bertindak, bagi mind set kaw kaw dulu, " Tapi, abang ni pemaaf kan? Abang tak nak tarik balik rambut adik, kan? Abang tetap sayang adik, kan?"

" Mari kita peluk dan berkasih sayang."

Carian Google

5. Jangan melabel buruk dirinya. 

Contoh:

"Dasar anak derhaka."
"Bodoh!"
"Nakal!"

Lebih baik tukar kepada...
"Dasar ahli syurga firdaus."
"Bakal ulama!!!"

6. Marahi kesalahannya sahaja, bukan keseluruhan dirinya.

Contoh:
Anak menangis dan mengoyakkan buku kerana kecewa hasilnya mewarna comot. Habis rumah bersepah dan ia mengundang marahnya ibu. 

Katakan padanya,
"Masa umi kecil dulupun, umi mewarna comot juga. Tapi umi cuba lagi sampai dapat. Kakak bukannya tak pandai mewarna, tapi Allah nak kakak cuba lagi."

Contoh melabel keseluruhan:
"Bodoh sombong."

7.Pastikan tindakan 'memarahi' berakhir dengan menyejukkan emosinya. Jelaskan padanya, "Ummi dan Abi sangat sayangkan
kakak kerana Allah."

:')

Sebarkan bahagia.

Mummy eta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com