Pages

Wednesday 17 September 2014

Takut jatuh tersungkur???Adakah kegagalan anda lebih hebat daripada mereka???

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kegagalan 7 orang kenamaan sebelum kejayaan.

Kejayaan bagi sesetengah orang nampak macam begitu senang dicapai. Namun kita tidak pernah tahu kegagalan yang pernah mereka lalui serta liku-liku hidup yang ditempuhi.

Berikut adalah cerita kegagalan bagi 7 orang kenamaan yang tidak diketahui umum. Jika kita masih dalam mode 'keep trying' & 'never give-up', nescaya kejayaan tidak jauh daripada kita, InsyaAllah.

1) Bill Gates

Bill Gates, kebanyakan orang menggunakan Windows & Microsoft Office setiap masa, 24/7. Namun tahukah kita beliau pernah bercuba nasib dalam perniagaan pertamanya dengan Paul Allen yang bernama Traf-O-Data???




2) Elvis Presley

Beliau pernah dipecat oleh pengurus selepas persembahan??


  

3) Sir Isaac Newton

Sir Isaac Newton pernah menguruskan ladang milik family beliau? Yang kami ketahui hanya Hukum Newton yang famous....




4) Akio Morita

Pengerusi Sony yang famous dengan gadget elektronik pada hari ini, produk pertama adalah periuk nasi??




5) Walt Disney

Cerita 'Frozen' yang diminati oleh kebanyakan budak mahupun orang dewasa adalah keluaran daripada syarikat Disney. Pengasasnya pernah dipecat dengan sebab 'tiada imaginasi & good idea'..........




6) Harlen David Sanders

Resipi beliau pernah ditolak oleh lebih daripada 1,000 restoran. Adakah kita pernah ditolak sebanyak beliau??




7) Vincent Van Gogh

Hanya sekeping lukisan terjual sepanjang hidup beliau.



Jadi, dimanakah kita sekarang?. Sikap malas,suka bertangguh dan cepat putus asa menjadi penghalang kepada kejayaan kita. Mereka berusaha bersungguh-sungguh dan tidak pernah putus asa, hasilnya seperti yang kita lihat sekarang. Semoga semangat juang mereka tersemat dalam diri kita juga. Moga kejayaan bersama kita tidak kira dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Orang yang berjaya mencuba berkali-kali, orang yang gagal adalah orang yang tidak pernah mencuba.

www.hazritakahar.blogspot.com 
facebook : Nur Hazrita
hazrita kahar
012-5785845

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com