Pages

Thursday 18 September 2014

4 Jenis Makanan yang Akan Menjejaskan Susu Ibu Anda!!!!

Adakah anda risau pasal apa-apa yang anda tidak patut ambil semasa anda memberi susu badan kepada baby anda? Adakah anda risau susu badan anda terganggu jika tersilap mengambil makanan? Sekarang anda tidak perlu risau lagi sebab anda perlu mengambil tahu 4 jenis makanan ini sahaja!!!! 

Mungkin anda pernah dengar macam-macam peringatan bahawa anda perlu menjauhi sesetengah makanan yang memang 'strong flavored' umpamanya makanan pedas & berempah serta ketika anda breastfeeding? Berikut adalah 4 jenis makanan yang patut anda jauhi & hadkan permakanannya dan bukannya makanan berempah & pedas!!!

 

1) Ikan yang mengandungi kandungan Mercury yang Tinggi 

Secara amnya semua jenis ikan mengandungi mercury iaitu sejenis bahan pencemaran yang dikenali sebagai neurotixin yang akan merosakkan otak baby!!! Namun begitu, kebaikan makan ikan seperti kandungan protein yang tinggi & lemak yang rendah telah mengetepikan risiko mengmbilnya semasa anda memberi susu badan.

Sebenarnya kebanyakkan ikan pun mempunyai kandungan yang mercury tertentu yang boleh diterima. Sebenarnya ikan yang perlu anda jauhi ialah ikan todak, ikan tenggiri, ikan jerung dan sebagainya.

Ikan-ikan sebegini merupakan ikan pemangsa dalam hirarki tertinggi, maka kandungan mercury dalam badan mereka juga adalah yang paling tinggi. Jadi mereka hendaklah disingkirkan sepenuhnya daripada senarai makanan anda. Ikan-ikan yang mengandungi kandungan mecrury yang rendah ialah ikan salmon, ikan tuna, ikan keli & udang.

 
Carian Google - Ikan Salmon

2) Minuman berkafein 

Minuman berkafein adalah merujuk kepada kopi, teh dan sebagainya. Walaupun kita selalu dengar nasihat bahawa ibu menyusu tidak boleh minum kopi & teh, namun sebenarnya ianya adalah dibolehkan dengan syarat dalam dos yang sedikit.

Maka anda jangan risau dan teruskan dengan secawan kopi pada waktu pagi ataupun minum teh petang; dengan syarat TIDAK LEBIH DARIPADA DUA CAWAN SEHARI

Adalah diketahui bahawa kandungan kafein akan diserap kedalam saluran darah kita dan bercampur dengan susu badan kita. Jadi kalau kita mengambil minuman berkafein yang berlebihan, baby kita akan rasa gugup atau gelisah.  

Carian Google

3) Pudina  

Kita tak mungkin makan pudina dalam kuantiti yang banyak. Akan tetapi pudina adalah herba yang diketahui umum yang akan membantutkan bekalan susu badan kita.

Sesetengah ibu menyusu di luar negara menggunakan pudina sebagai medium untuk menghentikan bekalan air susu badan. Walaupun secawan teh berpudina tidak akan membawa kesan sedemikian, namun ibu menyusu kena berhati-hati dengan kesannya.

Carian Google

 4) Daun Saga  

Daun saga mempunyai kesan yang serupa dengan pudina dimana ianya digunakan untuk menghentikan bekalan susu badan. Namun ianya memerlukan kuantiti yang banyak untuk mencapai kesan sedemikian.


Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan,Ingin mencuba supplement untuk penghasilan susu ibu yang lebih baik boleh hubungi saya



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com