Pages

Friday 30 October 2015

Bila hati rindu berblog

Assalamualaikum dan selamat malam.
 Malam ni terjaga dah tak dapat tidur balik, rindu nak berblog. Kawan-kawan bising cikta tak update blog dah lama, sebab cikta suka lagi berfacebook hehe. Tapi rasanya perlu ubah diri ni kena rajin berblog sebab lagi senang nak trace aktiviti yang lama2 yang bertahun2 punya pun just klik search terus dapat tengok dan baca kan tak macam facebook kena search satu-satu. Hurmmm nanti nak copy satu persatu memory pasal anak2,life,shaklee dan terbaru pasal WERDA. Moga cikta lebih istiqamah selepas ni.

Hari ni dah 17 minggu mengandungkan triple Q, dah abis fasa alah teruk. Agak teruk juga awal2 haritu sampaikan tak boleh bangun langsung, bangun ja pening nak muntah. Yang kesiannya daddyQ pun sama terkena alaahan kali ni. Selalu cikta doa sebelum ni masa ngandungkan Q berdua agar tempias alah kena kat daddy Q (rasa menyesal pula doa gitu huhu) sebab orang lelaki alah teruk dari kita yang perempuan ni tau. Pernah sekali cikta dah siap kupaskan kentang simpan lah dulu konon nak buat kuih keria kentang esoknya, daddyQ p gigit sebab ingat mempelam hehe..teruk benar ngidamnya kan.

Ok bila fasa alah ni dah abis maka nak start balik aktiviti2 yang aktif. Mahu aktif berbisnes shaklee, aktif dengan WERDA, aktif berblog. If ada booth, nak join booth sbb suka jumpa customer secara life, senang nak explain,banyakla mulut cikta berbicara nanti haha. Maklumlah sejak resign dah kurang berkawan..kawan dengan suami dan anak2. Paling dekat pun kawan2 fb ja hehe.

ok lah nak sambung entry lain pulak. Start mencopy status2 facebook masuk di blog. Selalu parking sana dulu ntah kenapa 'rajin' sungguh berblog hehehe. Selamat pagi..dah pagi kan..abias dah malam hehe..tahajud dulu jom.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com