Pages

Monday 29 June 2015

Check Up Qayyim setahun


Harini 29 Jun 2015 hari kena check up Qayyim cukup setahun. Tengok muka Qayyim tuh..kecut perut ke apa hehe. Kali ni datang checkup kat Klinik Kesihatan Menglembu, Ipoh since kami dan pindah ke sini sejak April haritu.

Appointment pukul 2.00 pm, tapi kami dah terpacak sejak pukul 1.30 pm lagi. Bukan tak tahu orang tua kan, suka nak cepat-cepat. Nak no 1st haha. Once Nurse buka pintu kamilah orang pertama daftar hehe.

checkup Qayyim 29 jun 2015
berat = 9.3kg
Panjang = 73cm
BMI = 16.8

Nurse kata semua ok.. sebab tak lepas line kuning hehe.
Nurse siap kata badan nampak gempal tap berat kurang,HAIRAN haha.
(Qayyim lasak la nurse, kurang makan lepas tumbuh gigi ke 5 beliau aritu)

Ok semasa checkup tu nurse ada tanya minum susu apa, eta jawab susu ibu ja nurse. Then nurse siap tanya oh banyak ya susu awak,awak makan apa? Sekali pam dapat berapa oz. Eta jawab alhamdulillah nurse sekali pam dapatlah 9 ke 11 oz, kadang dapat 13oz hehe. Saya amik full set menyusu Shaklee. Nurse kata oh patutlah,banyak saya dengar susu jadi banyak lepas amik set shaklee. Yer nurse sayalah buktinya (Dengan bangganya jawab hahha). Nurse tu gelak sambil kata patutlah Qayyim gebu geram ja tengok dia,macam anak cina sebijik haha. (eh kan Qayyim ada gen cina haha) maksudnya kakaknya Qayyum tak ada lah nampak mcm cina sangat kan.

Ok its time to Qayyim kena cucuk. (xdan snap gambar huhu..sibuk sembang ngan nurse ).
Alahai Qayyim sibuk nak jalan-jalan turun pulak dah.Pegang dia meronta-ronta nak turun. Humm kasi nenen ja lah. Nasib baik beliau nak nenen hehe.. Sedap Qayyim tengah menyusu, nurse cucuk sejarum kat dia..Haaaa tak nangis ok,,rilex ja sambung nenen. Abis nenen dia tengok tangan then terus bukak kapas tu,,rimas agaknya,,haha mcm tak ada apa ja..kuat juga anak mummy nih.

Ok kat bawah ni eta share perkembangan bayi setahun, rujuk pada buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak KKM. (Alah buku pink tu haa yang kita bawak p checkup kat kk)

Bayi berdiri tanpa bantuan - Qayyim dah lari-lari kadang-kadang jatuh bila dia tak dapat balance.

Bayi mengambil benda kecil dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk - Qayyim dah boleh ambil dan bagi kat orang sambil kata 'NAH'.

Bayi mengetuk 2 objek satu sama lain - Ini memang favourite Qayyim. Beliau suka amnil lego ketuk2 sambil bunyi ahh..ahh. Pastu golek2 kaki naik atas hehe happy kot.

Bayi menyebut da-da/ma-ma tanpa makna - Yang ini pun dah teror, siap boleh panggil (ammi, jie, di)

Bayi boleh bermain tepuk amai-amai atau melambai tangan - Yang ini pun dah master hehe.. lambai-lambai dan tunjuk-tunjuk kalau nampak binatang seperti kucing dan anjing..suka sungguh siap lonjak-lonjak badan.

Semua jawapan di atas nurse tick YES. Qayyim lulus.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com