Pages

Tuesday 16 February 2016

Dah join sebagai Marykay Beauty Consultant

Alhamdulillah lama tak bersiaran. Kali ni che ta nak update yang yang che ta dah join Marykay bulan 12 tahun lepas. Kira da nak masuk 3 bulan lah hehe. Rasa seronok pula bila dah join. Mana taknya penampilan berubah 100%. Kulit muka dah jadi makin sihat,halus dan tak kering macam dulu lagi. Yang paling bestnya dapat income tau. Banyak benefit bila jadi beauty consultant Marykay ni. Suka bila selalu dapat hadiah dari Marykay. Barang2 free makeup dan skincare yang harga ratus2 tau. Makin banyak point dikumpul banyakla hadiahnya. Tak masuk lagi upline yang bagi hadiah..happy kan. Dah memang naluri perempuan sukakan kecantikan dan sukakan penghargaaan hehe.

Lepas ni boleh la order dari che ta ya. Set skincare,makeup dan minyak wangi pun ada. Boleh suggest mengikut budget dan keperluan. Nanti boleh dpt freegift dari che ta ya.

                     comey dak che ta skang 😉😉😉

Gambar ni masa pergi kursus ESRS minggu lepas. Nanti che ta update pasal kursus tu.Best sangat.

Wednesday 4 November 2015

Pilihlah cara hidup islam walau berkawan dengan bukan islam

Pilihlah cara hidup islam walau berkawan dengan bukan islam
..................................
Sedikit luahan setelah melihat ramai yang berkawan dengan bukan islam tapi terikut2 budaya mereka
sepatutnya kita bawa mereka kembali ke fitrah
kita sama-sama belajar sebab kita pun banyak lagi yang tak tahu sebenarnya

Yer mungkin rasa hebat bila dapat bersama dengan berlainan bangsa dan agama
tapi ingat itu bukan sandaran untuk kita tinggalkan agama dan budaya kita

setelah berkahwin banyak lagi cabaran dan dugaan perlu ditempuhi
nampak mudah nampak bahagia tapi sebaliknya banyak yang panca roba yang dilalui

pilihlah orang yang betul-betul menyayangi kita dan pilih kita kerana ikhlas bukan kerana nafsu semata
takut nanti jadinya 'habis manis sepah dibuang'

Bila sudah berkahwin, banyakkan belajar dan mendalami agama islam
solat berjemaah bersama,hadir ke kelas agama bersama,banyakkan bacaan buku agama,kurangkan mendengar lagu di radio sebaliknya tukar kepada bacaan al-quran dan zikir2 yang mana salah satu cara untuk menghafal dengan mudah.

Bila sudah ada anak, ajarkan anak2 tentang agama islam, budaya mereka jangan ditinggalkan asalkan tidak menyalahi agama islam. Berbuat baik dengan ahli keluarga mereka.
Tunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada mereka.

Alhamdulillah sedikit pengalaman berkahwin dengan suami berbangsa cina saya kongsikan bukan niat untuk riak atau berbangga tapi itulah hakikatnya yang perlu kita buat. Agar hubungan menjadi lebih bahagia mengikut jalan Allah tapi tidak meninggalkan budaya mereka asalkan tidak menyalahi agama islam.

Anak-anak saya di ajar berbahasa cina oleh suami saya. Menyambut perayaan seperti CNY dan pesta tanglung tanpa ada rasa eh itu kn cara cina,HARAMMMM, oh sila jangan terlalu pentingkan diri sendiri,jaga perasaan keluarga suami juga. Dia dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu dan bapanya dari kecil sehjnggalah kita dipilih olehnya untuk dijadikan isteri yang sah.

Jangan terlalu kejam kepada keluarga mereka. Mana yang baik kita ikut. Mana yang tak baik kita tolak dengan cara baik. Terangkan kenapa tak boleh,minta hormat kita dan kita pun hormat mereka.

Setakat ini alhamdulillah kami tiada masalah.
Abaikan kata-kata orang diluar sana. Kalau difikirkan kata orang, cara kita senyum pun orang tak suka.

Alhamdulillah kami bahagia dengan cara hidup kami.
Anak2 pun happy setahun banyak kali dapat duit raya,dapat angpau.



#chinesemanandmalaylady
#mixfamily
#Qfamily

Friday 30 October 2015

Perlukah baju mengandung ketika hamil?

Baju mengandung atau maternity dress
.........
perut kecik pakai jubah dah ler
pungut balik baju zaman pregnant qayyum qayyim ja
tu pun nurse kata cantik beli kat mana

Rasanya tak perlu membazir beli baju2 mengandung yang kita semua tahu agak mahal berbanding baju biasa. Tshirt biasa pun mencecah rm59.90. Tambah sikit dah boleh beli jubah yang cantik, lepas bersalin pun masih boleh pakai kan. Pernah beli baju overall jeans mengandung yang berharga rm129. Pakai adalah 2 3x ja sebab tak berapa selesa, cutting nya tak sesuai untuk cikta yang berbadan kecik ni hehe. Mengandung pun perut macam kenyang makan nasi 2 pinggan ja hehe.

Sama juga kalau nak beli seluar tak perlu beli yang maternity punya, beli ja yang palazo or strechable punya macam jenis kain lycra ja sebab boleh pakai lama. Boleh juga beli skirt jenis lycra or chiffon, sesuaikan dengan baju yang longgar sikit atau yang jenis cutting besar. Cantik tau kalau kena gaya.
............................................

17 minggu sudah usia Q baby

checkup tadi hb menurun
patutlah selalu penat dan letih2 bila buat kerja rumah walau basuh pinggan

nurse kata faktor mengandung rapat pun mungkin sebabkan hb low
tambah dah yang ke 3

dinasihatkan makan lebih sayur2 seperti bayam
buah seperti jambu batu

vitamin jangan skip
haha itu ler penyebabnya

dari kena checkup dalam masa  sekali sebulan dah kena datang 2x sebulan

Harus konsisten vitamin shaklee

bcomp 1biji
vitalea 2 biji
sr vit c 2 biji
ostematrix 6 biji
esp 3 sudu sehari

oh banyaknya kena makan
bukannya sekaligus makan tu, adalah jadual makannya. Masa mengandungkan Qayyim tak pernah ada masalah macamni dengan konsisten vitamin2 shaklee ni. Kali ni agak malas sikit dan selalu skip kadang terlupa huhu inilah akibatnya.

lagi 2 minggu kita tengok resultnya selepas konsisten dengan vitamin ibu mengandung shaklee.

kalau ada yang mahu cuba set ini boleh hubungi cikta ya.

untung beli set ni selain vitamin utk ibu dan anak boleh juga kekalkan awet muda dan kulit akan kelihatan lebih moist dan bertenaga, xdalah nampak lesu dan tua ya.


Dari Pengguna bertukar sebagai ahli

Dari customerku sejak setahun lebih yang lalu
Bertukar menjadi anak shaklee ku

Alhamdulillah rezeki tu tak payah risau tak payah takut, ia akn datang dengan izin Allah

Hati itu milik Allah, tak perlu memaksa pada yang tak mahu, cukup sekali beri penerangan, ada rezeki dia join terus, jika dia menolak kali ini mungkin hatinya akan terbuka untuk bulan depan, tahun depan dan bila2 pun.

Tugas saya sebagai shakleeindependentdistributor hanyalah membantu anda menerangkan dan mencadangkan supplement yang terbaik yang sesuai dengan masalah dan budget anda serta peluang2 yang ada dalam bisnes shaklee.

Berbalik pada anak shaklee yang baru ni, beliau adalah seorang pakcik yang berumur 61 tahun.
Nah nak join shaklee tak semestinya muda2 ja ya..dah berumur pun boleh.

Kali pertama saya dapat order dari pakcik, saya cod dari penang island ke kepala batas tanpa sebarang caj, saya buat kerana Allah sebab pakcik benar2 mahukan vitamin segera dan tidak mahu dipos. Selepas itu setiap 2 bulan beliau tak pernah missed repeat order dari saya.

Beliau berkata ramai kawan2 yang tanya tentang supplement shaklee yang beliau amalkan selama ini dan ingin juga mencuba. Lalu beliau whatssapp saya untuk menjadi dropship saya. Terus saya menjawab baik pakcik join ahli terus, lagi untung, boleh dapat untung runcit dan bonus tiap2 bulan jika cukup syarat.

Beliau terus bersetuju dan tanpa ragu2 terus mendaftarkan diri dengan pembelian vitamin2 yang melayakkan beliau mendapat

-free ahli
-free vitalea sebotol
-free postage
-cash back / bonus pada pertengahan bulan nov 15 nanti

Banyak untung pakcik join bulan ni adalah bulan terakhir untuk dapat free vitalea jika join ahli.

Jika anda juga mahu untung macam pakcik ni,mahu join ahli shaklee dibawah saya

Boleh hubungi saya

Nur Hazrita abdul kahar
0125785845
cod area ipoh
postage seluruh malaysia


Bila hati rindu berblog

Assalamualaikum dan selamat malam.
 Malam ni terjaga dah tak dapat tidur balik, rindu nak berblog. Kawan-kawan bising cikta tak update blog dah lama, sebab cikta suka lagi berfacebook hehe. Tapi rasanya perlu ubah diri ni kena rajin berblog sebab lagi senang nak trace aktiviti yang lama2 yang bertahun2 punya pun just klik search terus dapat tengok dan baca kan tak macam facebook kena search satu-satu. Hurmmm nanti nak copy satu persatu memory pasal anak2,life,shaklee dan terbaru pasal WERDA. Moga cikta lebih istiqamah selepas ni.

Hari ni dah 17 minggu mengandungkan triple Q, dah abis fasa alah teruk. Agak teruk juga awal2 haritu sampaikan tak boleh bangun langsung, bangun ja pening nak muntah. Yang kesiannya daddyQ pun sama terkena alaahan kali ni. Selalu cikta doa sebelum ni masa ngandungkan Q berdua agar tempias alah kena kat daddy Q (rasa menyesal pula doa gitu huhu) sebab orang lelaki alah teruk dari kita yang perempuan ni tau. Pernah sekali cikta dah siap kupaskan kentang simpan lah dulu konon nak buat kuih keria kentang esoknya, daddyQ p gigit sebab ingat mempelam hehe..teruk benar ngidamnya kan.

Ok bila fasa alah ni dah abis maka nak start balik aktiviti2 yang aktif. Mahu aktif berbisnes shaklee, aktif dengan WERDA, aktif berblog. If ada booth, nak join booth sbb suka jumpa customer secara life, senang nak explain,banyakla mulut cikta berbicara nanti haha. Maklumlah sejak resign dah kurang berkawan..kawan dengan suami dan anak2. Paling dekat pun kawan2 fb ja hehe.

ok lah nak sambung entry lain pulak. Start mencopy status2 facebook masuk di blog. Selalu parking sana dulu ntah kenapa 'rajin' sungguh berblog hehehe. Selamat pagi..dah pagi kan..abias dah malam hehe..tahajud dulu jom.



Monday 29 June 2015

Check Up Qayyim setahun


Harini 29 Jun 2015 hari kena check up Qayyim cukup setahun. Tengok muka Qayyim tuh..kecut perut ke apa hehe. Kali ni datang checkup kat Klinik Kesihatan Menglembu, Ipoh since kami dan pindah ke sini sejak April haritu.

Appointment pukul 2.00 pm, tapi kami dah terpacak sejak pukul 1.30 pm lagi. Bukan tak tahu orang tua kan, suka nak cepat-cepat. Nak no 1st haha. Once Nurse buka pintu kamilah orang pertama daftar hehe.

checkup Qayyim 29 jun 2015
berat = 9.3kg
Panjang = 73cm
BMI = 16.8

Nurse kata semua ok.. sebab tak lepas line kuning hehe.
Nurse siap kata badan nampak gempal tap berat kurang,HAIRAN haha.
(Qayyim lasak la nurse, kurang makan lepas tumbuh gigi ke 5 beliau aritu)

Ok semasa checkup tu nurse ada tanya minum susu apa, eta jawab susu ibu ja nurse. Then nurse siap tanya oh banyak ya susu awak,awak makan apa? Sekali pam dapat berapa oz. Eta jawab alhamdulillah nurse sekali pam dapatlah 9 ke 11 oz, kadang dapat 13oz hehe. Saya amik full set menyusu Shaklee. Nurse kata oh patutlah,banyak saya dengar susu jadi banyak lepas amik set shaklee. Yer nurse sayalah buktinya (Dengan bangganya jawab hahha). Nurse tu gelak sambil kata patutlah Qayyim gebu geram ja tengok dia,macam anak cina sebijik haha. (eh kan Qayyim ada gen cina haha) maksudnya kakaknya Qayyum tak ada lah nampak mcm cina sangat kan.

Ok its time to Qayyim kena cucuk. (xdan snap gambar huhu..sibuk sembang ngan nurse ).
Alahai Qayyim sibuk nak jalan-jalan turun pulak dah.Pegang dia meronta-ronta nak turun. Humm kasi nenen ja lah. Nasib baik beliau nak nenen hehe.. Sedap Qayyim tengah menyusu, nurse cucuk sejarum kat dia..Haaaa tak nangis ok,,rilex ja sambung nenen. Abis nenen dia tengok tangan then terus bukak kapas tu,,rimas agaknya,,haha mcm tak ada apa ja..kuat juga anak mummy nih.

Ok kat bawah ni eta share perkembangan bayi setahun, rujuk pada buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak KKM. (Alah buku pink tu haa yang kita bawak p checkup kat kk)

Bayi berdiri tanpa bantuan - Qayyim dah lari-lari kadang-kadang jatuh bila dia tak dapat balance.

Bayi mengambil benda kecil dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk - Qayyim dah boleh ambil dan bagi kat orang sambil kata 'NAH'.

Bayi mengetuk 2 objek satu sama lain - Ini memang favourite Qayyim. Beliau suka amnil lego ketuk2 sambil bunyi ahh..ahh. Pastu golek2 kaki naik atas hehe happy kot.

Bayi menyebut da-da/ma-ma tanpa makna - Yang ini pun dah teror, siap boleh panggil (ammi, jie, di)

Bayi boleh bermain tepuk amai-amai atau melambai tangan - Yang ini pun dah master hehe.. lambai-lambai dan tunjuk-tunjuk kalau nampak binatang seperti kucing dan anjing..suka sungguh siap lonjak-lonjak badan.

Semua jawapan di atas nurse tick YES. Qayyim lulus.

Sambutan Majlis Hari Lahir Qayyim Lee Rui Yi Satu Tahun


Semalam 28 Jun 2015 genaplah anak kedua eta Qayyim Lee Rui Yi setahun. Alhamdulillah. Kita nyanyi lagu selamat dulu untuk Qayyim ya.

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Qayyim Lee Rui Yi
Allah selamatkan kamu

Tepuk tangan sikit alhamdulillah.

Kebetulan sambutan hari lahir Qayyim jatuh pada ramadhan kali ni so tak dapatlah nak buat birthday party untuk beliau. Qayyum dulu buat majlis kat KFC. (yela anak 1st excited lebih kan hehe). Untuk Qayyim kita buat kecil-kecilan dulu beli kek ja eh kek baskin robbins tau heehe. Semangat mummy pilih bila daddy tanya nak beli kek apa kat Qayyim. Mummy yang excited lebih nak makan aiskrim baskin robbin ni hahaha. Tapi berbaloi ya sedap ya amat. Ok2 nak citer pasal birthday Qayyim lah..pasal kek baskin robbins ni eta kongsikan kat entry lain ya.


Kita sambut kat rumah mama (nenek Qayyim kita panggil mama). Hanya potong2 kek ja ya. Kena nyanyi2 baca doa cepat2 takut kek tu cair,kek aiskrim. (mummy daddy tgk ja dulu sebab puasa,malamnya kami makan puas-puas). Selain kek mama ada buatkan 2 biji telur pink. Yang eta tahu setiap kali birthday Qayyum or husband mesti mama buatkan telur pink ni. Maksudnya eta pun tak tahu. Bila tanya husband dia kata memang macamtu makan aje. Qayyim ni tak suka telur,suap sikit dibuang keluar ,jadilah janji masuk ambil hati mama susah-susah buatkan telur pink tu kan.


ini pula gambar kami sekeluarga mummy daddy Qayyum dan Qayyim. Moga ini menjadi kenangan buat adik. Besar nanti bila baca entry ni adik mesti berbunga-bunga hatinya tanda kami semua sayangkan adik.


Happy birthday adik Qayyim. We love you so much. 
Di umur setahun adik dah ada 5 batang gigi, pandai sebut 'ammi', 'jie','di','mama'
Kalau adik nak apa2 adik sebut 'Nak'
Kalau nak bagi barang adik kata 'Nah'
Adik dah boleh jalan-jalan lari-lari tapi still tak boleh balance.selalu jatuh2 dan nangis hehe.
Adik masih minum susu ibu sepenuhnya sebab tu adik kuat alhamdulillah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com