Pages

Wednesday 29 October 2014

Kelebihan Susu Ibu

Benarkah susu ibu adalah pilihan yang terbaik terhadap bayi kita?


Saya nak kongsikan beberapa fakta mengenai kebaikan menyusui bayi kita, harap anda semua dapat manfaat daripada perkongsian ini:

1. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya.

2. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:

a. gastroenteritis;
b. pneumonia dan bronkolitis;
c. jangkitan salur kencing;
d. ekzema;
e. jangkitan telinga.


3. Bayi yang diberi susu badan mempunyai tekanan darah & kadar kolesterol lebih rendah lantas kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

4. Menyusu badan dapat mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid).

5. Ia dapat melindungi ibu menyusu daripada kanser ovari dan osteoporosis (tulang lemah) ketika lanjut usia.

Jadi berusahalah kita sebagai ibu untuk memberikan yang terbaik untuk bayi kita. Niatkan dari awal masa mengandung lagi mahu susukan anak sehingga 2 tahun dan berusaha mencari ilmu tentang penyusuan. Banyak yang memberi alasan tak ada susu tapi sebenarnya tak ada ilmu. Sama seperti saya sebelum ini, kurang ilmu penyusuan menyebabkan anak pertama hanya sempat setahun sebulan sahaja. Insyaallah anak kedua saya akan berusaha sehabis mungkin untuk PHD dalam penyusuan.

Ada masalah penyusuan dan ingin mendapatkan supplement bagi meningkatkan pengeluaran susu boleh hubungi saya.


TEKNIK BETUL BUAT POWER PUMPING

SUSU MERIAH? POWER PUMPING ADALAH PENTING!


POWER PUMPING ~ salah satu kaedah meningkatkan penghasilan susu badan

Ramai ibu-ibu di luar sana tidak tahu dengan teknik powerpumping yang betul mampu mengembalikan penghasilan susu ibu. Ok eta akan share disini teknik yang betul.moga bermanfaat.


Apa itu Power Pumping?


medela kesayanganku


teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik
Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?

- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.
- Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
- Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
- Ibu berkerjaya yang sibuk hingga tidak dapat mengepam mengikut jadual masa tertentu di tempat kerja.

Bagaimana Nak Buat Power Pumping?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam (walaupun susu tak keluar, tak pe habis kan sesi sejam tu).

Macammana tu ?? Haaa, ini dia secara ringkasnya :-

0-10min : Pam B1
10-20 min : Pam B2
20-30 min : Pam B1
30-40 min : Pam B2
40 – 50 min : Pam B1
50 – 60 min : Pam B2

Nota : bergilir2 payudara sebelah kanan dan kiri. Buat sehingga sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam (waktu rehat tu cuba minum seteguk air ok).

Ini pulak kalo anda guna double pumping :-

0-10min : Pam
10-20 min : Rehat
20-30 min : Pam
30-40 min : Rehat
40 – 50 min : Pam
50 – 60 min : Rehat

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu

Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Jika ingin dapatkan supplement untuk penyusuan bagi membantu proses penyusuan bertambah lancar dan hasilkan susu yang lebih berkhasiat, boleh hubungi saya.






SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK IBU-IBU MENYUSU

Alhamdulillah kali ni eta berkesempatan nak share tentang supplement yang eta ambil semasa sedang menyusu baby Qayyim sekarang. Sepanjang mengamalkan supplement ini banyak kesan-kesan sampingan yang positif yang eta dapat. Antaranya penghasilan susu yang mencukupi, susu lebih pekat,baby Qayyim kurang meragam dan tidur lebih lama.

Antara supplement yang terkandung dalam set penyusuan yang eta ambil ialah B compleks, Vitalea, Vit C, Alfafa, Ostematrix dan ESP.




klik gambar untuk paparan yang lebih besar


Ok sekarang eta share setiap kebaikan yang terkandung dalam setiap supplement ni dan mengapa ia dikatakan boleh membantu penghasilan susu yang banyak. Semua kombinasi ini membantu badan ibu menjadi lebih sihat seterusnya membantu penghasilan susu ibu dengan lebih mudah. Tak dilupakan prinsip kerap mengosongkan payudara, minum air 3L dan mendekatkan diri dengan Allah sebagai syarat wajib untuk berjaya.


B Compleks

B Compleks shaklee mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk asid folik. B Compleks penting untuk metabolism dimana ia akan menukarkan makanan kepada tenaga, meninggikan sistem pertahanan badan,mengimbangi hormon, membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang. Ianya juga membantu mengelakkan kulit kusam.

Vitalea (Multivitamin)

Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian , formulasi lengkap dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak. Ia benar-benar membantu tumbesaran anak supaya berat badan seimbang dengan umur bayi.

Vitamin C (Sustained Released Vitamin C)

Vitamin C Shaklee bertindak sebagai anti-oksidan. Ianya juga mencegahkelenjar daripada rosak dan berdarah, penting untuk pembentukan kolagen (hasilkan kulit yang cantik dan mulus). Ia juga penting untuk meningkatkan sistem imun. Keunikan vitamin C Shaklee ialah; ia Sustained Release iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C dan B tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian. Tambah pula kita yang jarang sekali dapat ikut piramid makanan yang betul dan makan makanan yg tak seimbang. 

Alfafa (Milk Booster)

Alfafa merupakan Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster bagi ibu-ibu yang menyusu, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan. Namun perlu diingatkan Alfafa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE. Alfafa ni memang sangat best, selepas telan dalam beberapa minit badan akan rasa segar dan bertenaga kadang sampai eta berpeluh, Sebab tulah alfafa nii dipanggil milk booster agaknya kan,

Energing Soy Protein (ESP)

Komposisi utama susu ibu ialah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dll. Protein adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita ialah protein; unsur kedua terbesar selepas air (75%)  adalah air. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum, Protein diperlukan untuk menghasilkan hormones,enzymes,antibodies,dan neurottransmitter. ESP membekalkan 14 gram non -GMO Protein soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Esp membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh, serta kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian. Selain membantu dalam penyusuan ibu, bayi cepat kenyang, susu lebih pekat, protein juga membantu anjalkan kulit, elak payudara kendur. Ini semua kesan sampingan yang memang eta rasai, Tambah lagi kulit Qayyim halus dan gebu. 

Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D)

Seperti yang kita tahu, kalsium amat penting dalam pembina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Minimum 1000mg kalsum diperlukan dalam diet harian ibu menyusu!
Bayangkan anda perlu mengambil 1L freshmilk setiap hari, jika dikira Ostematrix jauh lebih jimat. Jika kekurangan kalsium, kita boleh mengalami osteoporosis, rasa sengal kaki, dan tulang belakang, mudah letih dan lesu, dan kebas kaki atau tangan. Satu lagi perkarapenting, jika anda mengambil pil kalsium pastikan bersama Vitamin D yang akan membantu penyerapan kalsium dalam tubuh dimana mengelakkan penghasilan batu dalam ginjal. Percaya atau tidak, Qayyim memang tegap ja badannya dan tak lembik, semasa dalam pantang lagi Qayyim dah boleh angkat kepala dengan stabil dan boleh berdiri dengan tegak, kalau orang tengok Qayyim akan kata macam budak 7, 8 bulan walhal semasa saya menulis, beliau baru masuk 4 bulan. Semasa mengandung eta tak berapa boleh minum susu dan digantikan dengan pengambilan ostematrix shaklee.

Jika berminat boleh hubungi eta ya. 












Sunday 26 October 2014

Bila Qayyim mengantuk

Baby Qayyim Lee Rui Yi

Ini lah Qayyim, xbanyak ragam,xbyk peel kalau kenyang..boleh beliau terlelap dlm seat tu,mummy apa lagi cpt2 snap video dlu simpan untuk kenangan.

Percaya x bila baby ni cukup susu cukup tidur baiklah dia kan, Pengalaman berpantang dengan Qayyim berbeza. Qayyim minum bersungguh-sungguh kemudian tidur sampai pagi. kadang saya bangun kejutkan Qayyim untuk menyusu sebab breast dah rasa penuh sangat. Kalau Qayyim xbangun saya akan pam susu untuk buat stok. Alhamdulillah memang rasa lain bila menyusu dengan Set Menyusu Shaklee terutamanya bila minum ESP sebab susu akan nampak lebih pekat jadi baby akan cpt kenyang dann baby tidur lebih lama. Badan saya pun xdalah letih2 lesu macam berpantang yang sebelumnya. Selalu stress sbb xada susu. Insyaallah saya akan konsisten mengamalkan supplement sebab saya tahu saya ni bukan jenis yang makan seimbang sebab jenis mkn asal boleh asal mulut mahu makan aje hehe. Kan xbagus untuk perkembangan anak yang sedang menyusu. Sambil2 usaha makan yg terbaik dan berkhasiat saya topup dgn supplement shaklee ni aje. Bila badan ibu sihat dan bertenaga maka penghasilan susu pun akan lebih dari biasa,insyaallah.

Moga saya dapat menyusukan Qayyim sehingga beliau berumur 2 tahun insyaallah. Moga Allah permudahkan urusan saya dan mummy2 menyusu semuanya,amin.


Tempat Sarapan Yang Best Di Ipoh

Assalamualakum salam ceria..arini bersiaran dari kg husbandku ipoh..smlm balik ke kg daku kuala kangsar..mcm biasa lah bahagi2 sehari sorang ekeke..br adil saksama kn..

Ok tempat wajib kami kalau balik ipoh ialah WAN MEE KARI .lokasi dekat taman silibin..yg ada pasar tani setiap ahad tu.. memang xmiss..husband eta punya favrot sbb katanya dah 90% chinese style mee kat sini..selain kuah kari ada juga yg kuah sup..kitorang prefer yg sup lagi..Apa yang special kat sini ialah segala yong tau fu .. Fishball, wantan, fishcake adalah homemade so xrisau tu bukan non muslim yang buat ya..nak tempah pun boleh kalau nak buat niaga..mmg sedap pure dgn rasa ikan kalau fishcake n fishball tu.

Kedai ni francais dr MEE KARI KAK YAH.Dlu selalu lepak kat MEE KARI KAK YAH ni ja ..lokasi depan kilang CARSEM ipoh..tapi ada satu hari tu kedai ni tutup dan kami pun merayau lah sampai jumpa satu kedai yang penuh dgn orang..kami stop singgah makan situ ja tgk2 sama ja menu dia hehe rezeki kan..rasa pun sama..tgk2 banner alahai francais MEE KARI KAK YAH rupanya..style jual pun sama ada satu gerai roti bakar dan gerai nasi lemak. Roti bakar pun mabeles sedap ada telur msk separuh tgh2..ok jom layan gambar..

Kedai Wan Mee Kari area Taman Silibin, Ipoh



Homemade fishcake favrot qayyum


Homemade Fishball memang sgt sdp

Mee kari dan mee sup serta kuah yongtaufu


Roti bakar yg sedap rm2.80 satu set

Harga pun xmahal ok la dr dok makan kat Oldtown kan..koman2 rm30 habis time breakfast.Baik cari tmpat ala2 oldtown yang murah mcmni..yelah xda aircond tp still selesa..janji makanan sedap..

Friday 24 October 2014

Mengapa kadangkala susu perahan saya cair?

Adakah anda pernah tertanya dalam hati kecil kenapa kadangkala susu perahan kita itu cair??Tahukah anda bahawa warna susu perahan ibu menyusu adalah berbeza di setiap peringkat penyusuan? 


1. Peringkat permulaan susu ibu adalah lebih cair kerana ianya mengandungi lebih banyak air berbanding dengan lemak. Susu di peringkat ini dikenali sebagai susu awalan atau "ForeMilk" (Cair - Kiri)

2. Setelah bayi minum agak lama, barulah susu yang pekat yang dikenali sebagai susu akhiran atau "HindMilk" akan dikeluarkan. (Pekat - Kanan)



                                  Gambar ihsan google

3. Susu peringkat akhiran ini biasanya mengandungi lebih banyak lemak. Sebab itulah warnanya pun lebih pekat. 

4. Oleh yang demikian, untuk memastikan bayi mendapat khasiat susu ibu yang sepenuhnya. Ibu-ibu menyusu hendaklah memastikan bahawa bayi menghisap sehingga kedua-dua payudara kosong kesemuanya.

5. Masa yang diambil untuk proses mengosongkan setiap belah payudara adalah lebih kurang 15 -20 minit.




Mengapa Allah Menceritakan Susu Ibu Di Dalam Al-Quran?

Mengapa Allah Menceritakan Susu Ibu Di Dalam Al-Quran?

BETULKAH DHA DAN AA DALAM SUSU FORMULA MEMBERIKAN KEBAIKAN KEPADA MINDA BAYI?


Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Banyak bukti saintifik membuktikan kelebihannya berbandingan dengan susu formula, sama ada yang berasakan susu lembu atau soya.

Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik. Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)


Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah susu yang lengkap nutrisi untuk kebaikan bayi, tidak dapat ditandingi oleh susu formula sama ada susu berasaskan susu lembu atau soya.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik bagi bayi berumur satu tahun ke bawah, diikuti dengan susu formula berasakan susu lembu dan diikuti oleh susu soya.

Academi Pediatrik Amerika juga manasihatkan agar bayi diberikan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga berumur enam bulan, dan diberikan susu ibu bersama dengan makanan pejal yang lembut secara berperingkat-peringkat sehingga berumur setahun.

Adalah lebih baik jika bayi dapat disusukan sehingga berumur 2 tahun. Sayangnya ramai ibubapa yang masih memilih susu formula kerana pelbagai alasan.

Kajian di Amerika pada tahun 2008, mendapati seramai dua pertiga dari bayi di Amerika diberikan susu ibu sehingga berumur enam bulan, kemudian seramai tiga perempat dari mereka menukarkan kepada susu formula setelah mencapai umur enam bulan.

Sementara satu perlima dari bayi di Amerika diberikan susu formula yang berasakan soya.

Oleh kerana susu formula tidak dapat menyamaikan kebaikan nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu, hampir semua pengeluar susu formula berlumba-lumba menghasilkan susu formula yang dikatakan lebih bermanfaat untuk menandingi susu ibu.

Sebagai contoh pengeluar susu formula menambahkan lemak asid (fatty acids) docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) untuk menyamai kandungan nutrisi susu ibu bagi meningkatkan perkembangan minda bayi.

Tetapi kebanyakan pengkaji mendapati bahawa penambahan DHA dan AA dalam susu formula tidak memberikan kesan yang baik untuk perkembangan minda berbanding dengan susu ibu.

Dr. Ahmad Qawasmi telah menggabungkan 12 kajian yang diperolehi dari Yale University, Connecticut Amerika Syarikat dan Al-Quds University di Jerusalem, Palestine untuk membandingkan bayi yang disusukan dengan susu formula tanpa penambahan asid lemak dengan bayi yang disusukan dengan susu formula dengan penambahan asid lemak. Kajian ini melibat seramai 1800 bayi dan dilakukan sepanjang tahun 1998-2005.

Dalam kajian ini bayi-bayi ini mula disusukan dengan susu formula semenjak umur satu bulan dan penilaian dilakukan apabila mereka mencapai umur setahun untuk menguji perkembangan bahasa, minda dan kemahiran motor.

Mereka mendapati susu formula berasaskan soya dan susu lembu ditambahkan dengan DHA dan AA, tidak dapat menandingi kebaikan susu ibu. Dalam kajian itu menunjukkan tiada perbezaan antara perkembangan minda seperti bahasa dan kebolehan berfikir.

Ini tidak bermakna bahawa asid lemak yang dibekalkan tidak mempunyai faedah, tetapi faedah yang diperolehi tidak menyamai bayi yang diberikan susu ibu. Lemak asid yang ditambah mungkin memberikan kebaikan kepada perkembangan penglihatan (mata) dan daya tahan melawan penyakit.

Susu ibu lebih baik dari susu formula ini kerana:

1. Susu ibu mempunyai kesan yang sangat baik pada perkembangan mental jika diukur mengikut ‘Index Perkembangan Mental’ pada umur enam dan dua belas bulan.

2. Susu ibu mempunyai skor yang tinggi pada ujian kemahiran pergerakan (psychomotor) pada umur enam bulan berbanding dengan susu formula.

3. Bayi yang disusukan ibu mempunyai skor penguasaan bahasa yang lebih tinggi pada umur tiga dan enam bulan.

Oleh itu susu ibu haruslah dianggap sebagai susu yang terbaik, walaupun pengeluar susu formula berusaha untuk menandinginya dengan menambah pelbagai nutrisi yang lain.



                                    Gambar hiasan 


Gambar semasa menyusukan anak saya Qayyim Lee Rui Yi

Anda ada masalah penyusuan? 
Ingin mendapatkan supplement penyusuan untuk penghasilan susu ibu yang lebih baik. Boleh hubungi saya




Thursday 23 October 2014

Rahsia Susu Banyak dan Pekat

assalamualaikum, cerita di suatu hari..hari yg lawak dan happy

Pagi2 masa nak setup susu qayyim ke nursery
Husband tanya kenapa ada 2 warna berlainan susu ni
Basi ke? Hahaha
Bukan basi tapi ni yg I saja buat smlm beza bila I makan supplement dan xmakan supplement untuk set menyusu,saya ambik shaklee 


Belah kiri warna lebih putih berbanding belah kanan yang lebih kuning dan pekat
Susu dipam pada masa yg berbeza
Susu warna putih tanpa supplement
Susu pekat dan kekuningan with supplement
So baby akan lebih cepat kenyang dan kurang meragam
Masa kat taska pun semua tanya makan apa susu banyak then baby Q badannya solid tembam..dah mcm budak 6 bulan walhal xsampai 3 bulan pun 

Beza memang berbeza buat saya lg sayang dgn shaklee


susu belah kiri without supplement
susu belah kanan with supplement


di antara set yang saya consume adalah 

Esp/bcomplex/vitalea/vitc/alfafa/ostematrix

Saya add on mealshakes sebab suka rasa vanilla yg sedap dan sometimes xnak makan tablet saya amik mealshakes ja 

memang susu super meriah dan pekat, baby pun super gebu. Nak tahu rahsia dan nk tnya ja pun boleh..nak order lagilah saya suka :) ...rajin2 text saya ya. 


Wednesday 22 October 2014

Petua Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung

Assalamualaikum,sini saya nk share walaupun kita bertudung kita mestilah sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan rambut kita. Antara langkah-langkah  dan petua adalah seperti di bawah: 


1.Cuci Rambut Setiap Hari
Jika anda biasanya mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Jika anda bertudung, memang tidak sesuai jika anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira panjang mana sekali pun rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.
PETUA: Cucilah rambut anda sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Lebih afdhal, cucilah rambut anda pada waktu petang, sebaik sahaja anda pulang dari kerja. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

2. Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Pilihlah fabrik lembut untuk tudung anda. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut anda.
PETUA: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.

3. Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat.
4. Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai untuk anda. Masalah rambut kadang-kadang bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya..PRO SANTE

PETUA: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan maklumat yang betul dan tepat mengenai cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan setakat mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut mudah rosak.

5. Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, terus buka tudung anda dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa 1/2 jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya, bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau pun jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
PETUA: Sebaik-baiknya anda perlu berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.


GALAKKAN PERKAHWINAN CAMPUR UNTUK KEHARMONIAN KAUM

Assalamualaikum, entry ni saya jumpa di blog dr MAZA. Kita tgk dulu ulasan dari DR MAZA. dan saya akan kaitkan dan kongsi serba sedikit dengan kehidupan saya bersama suami berbangsa cina.


Kahwin boleh menjadi salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. ‘Kahwin campur’ ataupun kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Dalam konteks negara seperti Malaysia, saya berpendapat kita amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. 

( Perkahwinan saya antara Melayu dan Cina ) 

Namun, perkahwinan tersebut perlu memastikan nilai-nilai yang berikut;

 1. Bagi muslim, hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam. 

(Alhamdulillah kami berdua saling ingat mengingati dan sama-sama belajar. Paling Penting kami akan solat berjemaah jika bersama,ini bagi memastikan keberkatan rumah tangga kami)

2. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik. Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum. 

(isu ini terpulang pada hak individu. Saya memilih untuk toleransi.Kami masih mengekalkan budaya dan adat resam masing-masing dan suami saya tetap cina dan tidak sesekali menjadi 'melayu' dan saya masih melayu tidak sesekali menjadi cina. Bila tiba Hari Raya,kami sambut hari raya bersama-sama dengan keluarga saya.Manakala bila tahun baru cina kami sambut bersama2 dengan keluarga cina. Apa yg haram kita jauhi,alhamdulillah keluarga suami memahami dan menghormati kami.)

                             - Gambar Hiasan  Majlis Perkahwinan Saya pada 4 July 2009


gambar bersama2 kawan suami yang juga memeluk islam 


3. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya):

 Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.                         (Surah al-Hujurat: 13).

(Bab ni juga perlukan persefahaman dan sentiasa discuss jika ada yg kurang senang,sama2 perbaiki. Harus sentiasa berbincang bagi mengelakkan salah faham maklumlah banyak beza yer budaya melayu dgn cina contoh bab makan menggunakan tangan dan chopstick. Saya belajar makan menggunakan chopstick manakala suami belajar makan menggunakan tangan,kekok juga tgk beliau pada awalnya sampaikan last sekali minta sudu :) sebab xreti haha..tp sekarang dah expert ya,saya pun alhamdulilllah).

 4. Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah ‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama.

(kami xpernah halang untuk balik ke kg masing2,keluarga saya di kuala kangsar manakala suami di ipoh so kalau balik kami akan bahagi hari,sehari di kuala kangsar sehari lagi di ipoh. Adil kan, Keluarga kami masing2 ok. Saya xda masalah balik ke rumah keluarga suami,walau ada tempat diorg sembahyang,jgnla p sembah hahaha,,biarla tu kepercayaan dia,jgn la ikut,pada anak2 explain siap2 setiap kali balik,tanam ajaran agama pd anak2 dr kecil,bagitahu mana yg betul,apa agama kita.

Dan suami saya juga mantainkan nama cina beliau. Nama islam kan maksud yang baik2 saja. Bukannya mesti berbin kan. Malah anak2 kami juga kami campur nama. Depan bermula nama Islam ,belakang maintain nama keluarga cina. Saya tak kisah janji anak saya islam dan suami saya follow islam. 

 5. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata.

 Sabda Nabi s.a.w “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan”

(Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

 Maka, tidak boleh ada dalam perkahwinan campur itu pemaksaan budaya sesuatu kaum terhadap kaum yang lain. Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara kaum.

 Justeru itu, kita patut menggalakkan ia berlaku. Golongan berpengaruh dan kerajaan hendaklah menggalakkan hal ini. Bahkan insentif tertentu patut diberikan kepada pasangan yang ingin berkahwin rentas kaum seperti ini.

Perkahwinan campur ni bagus ya, banyak kelebihannya, walau mcm2 dugaan pada awalnya tapi alhamdulillah Allah tu Maha Adil,akhirnya everythings going smooth. Anak pun dah 2 sekarang :).

Hasil perkahwinan kami lahirlah 2 anak comel ni.


Qayyum Lee Rui Yan
Qayyim Lee Rui Yi


 sumber: blog: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Sunday 12 October 2014

Cara memerah susu menggunakan tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nak dijadikam cerita medela pump kesayangan eta rosak khamis lepas.Boleh tengah2 layan pam tetiba stop dan xfunction terus xboleh on.Panic dah dan terus tanya member mana nak repair.DAN  google alhamdulillah ada medela center kat jelutong. Terus call dan orang kat center tu kata datang sabtu untuk diorg check apa problem. Dan pagi sabtu tu hubby p hantar untuk check then orang tu kata motor rosak dan cajnya rm500++ dan kalau ada problem suction skali cajnya rm700 ++. Wah mahu pengsan sekejap masa hubby call. Otak pun pening memikirkan apa nk buat nih..nk repaur ke nak beli yang baru aje..saya doa masa solat minta Allah tunjukkan jalan. Tetiba teringat kat akak yang saya beli pump ni.Saya beli online dengan beliau, jumpa kat fb akak ni, page dia (Jualan Murah Uk). Memang murah ok saya beli pump medela ni, hanya rm1200 ja..mana nak dapat kat msia ni.Siap boleh 3x bayar pulak tuh.Habis bayar beliau poskan.Ok saya pun msg gtau akak tu dan ini jawapannya, saya printscreen ya.

Alhamdulillah syukur, kak harteny bagi good respons. Lega hati saya kalau xmelayanglah duitku 500 ke 700..Walau kena tanggung kos pos balik medela yang rosak ni ke uk still berbaloilah.Saya dapat yang baru.Memang bagus service diorg. 

Ok sementara tunggu pam baru smp maka terpaksalah saya menggunakn teknik legend untuk mengepam.Susu saya banyak kalu xpam memang cik b akan membengkak dengan jayanya.Mula2 guna pam manual pureen (1st pump hubby beli, ms tu xbanyak duit dan xada ilmu mengepam), Ya Allah letihnya lenguhnya habis sakit satu badan nak dptkan 1oz pun.Then saya amik pam letrik spectra3 saya yang saya gunakan masa menyusu qayyum dulu.Pun Ya Allah sakitnya sebab sp3 saya dah rosak kat suction dia rupanya, maklumlah da 3 tahun xjenguk beliau, dah jadi gini br nak ingat beliau hehe.Tapi still saya xboleh nak teruskan..sampai luka puting..Dan saya pun try pump guna tangan ja, eh ok jgak walau letih dan rasa nak juling jgak butir mataku nih, tp dptla paling byk pun 3oz sebab xlarat nak tunggu..dah biasa senang dgn cik medela malas la kan hehe..
Tapi bahananya cikb terus membengkak, baby qayyim pun kurang minum susu sebab beliau sedang selesema, lagilah merana.Dan saya terus google cara2 nak buat perahan melalui tangan dengan betul.Teknik marmet namanya.Alhamdulillah ni susu yang saya dapat tu pun xlrt nk buat smp habis dan baby qayyim dah bangun nak menyusu :)

Hasil Susu yang diperah melalui teknik marmet

Banyak kan..lebih kurang sama kalau saya gunakan cik medela saya. ALHAMDULILLAH rezeki qayyim. Ok saya share cara2 nak gunakan teknik marmet nih..

.................................................................................


MACAM MANA NAK PERAH SUSU GUNA TANGAN ATAU TEKNIK MARMET?

Sebelum memulakan teknik mamet seharusnya anda melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.

MENGURUT

✎ Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Setelah itu, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Dan kemudian, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut :

Massage
❤ Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan

Stroke
❤ Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh 'menyikat' payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola

Shake
❤ Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membnatu meransang pengeluaran susu ibu

MEMERAH

Langkah 1



Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet
1) buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

2) tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi

3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

4) ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan


Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. lakukan gerakan memerah sama sepperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya

6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih

7) beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara


Langkah 2


Melancarkan aliran susu
1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain

2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu

Elakkan Pergerakan ini!

✘ Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam
✘ Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara
✘ Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit - 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 - 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara

Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu

sumber:pa&ma


...............................................................................................................................

Ok harap dapat membantu ibu2 kat luar sana ya.Nak tahu rahsia susu eta banyak nanti eta share kat entry yg lain ya. 


Friday 3 October 2014

baby Q baby shaklee

Assalamualaikum semua..
Kenapa tajuk entry saya baby Q baby shaklee ye? Ok saya just nak share yang baby Q memang hasil saya consume set shaklee 100%. Dari tempoh mengandung , berpantang dan hinggalah tempoh menyusukan beliau sekarang. Alhamdulillah baby Q membesar dengan sihat. Masa awal lahir berat baby Q 3.7kg. Ha kan badan mummy kecik molek ja tapi anak fuhh semangat..bersalin normal yer..sebelum p hospital cepat2 minum 3 sudu Esp terus takut jadi mcm masa bersalinkan kakak Qayyum..xsempat makan n minum memang xada tenaga lgsung..12jam dalam labour room bersalin normal tapi vacuum. Xpa2 dulu xkenal shaklee..xbanyak ilmu kurang dpt pendedahan..Alhamdulillah sekarang baby Q dah 6.6kg di umur 3 bulan. Masa pegi checkup kk bayan lepas dah macam artis dah baby Q haha..nurse pakat geram katanya gebu mantoppp..dahla beliau suka senyum lagi tambah geramlah nurse2 tu hehe...ok rahsia baby Q sihat, kulit gebu adalah set yang saya consume semasa mengandung, pantang dan menyusu iaitu set shaklee..saya amalkan

1.bcompleks
2.vitalea
3.vit c
4.ostematrix
5.zink
6.alfafa
7.Esp
8.mealshakes

Bila saya rajin saya makan ja semua heehe bila mood xnak makan tablet saya just amik esp dan mealshakes ja. Serius saya cakap..badan best rasa xmudah letih bertenaga ja..kulit pun lebih cantik dr sebelum ni.. (*perasan kejap hahha*).. dan yang paling best SUSU SAYA BANYAK!!!!!.
STok untuk baby Q xpernah putus lagi..hari2 dapat bekalkan secukupnya susu untuk Q..happy happy happy..ok cukuplah dulu celoteh hari ni..nnt sambung lagi pasal Q kecik ya...tq sudi baca ♡♡♡

Layan gambar2 Q saya ya☆☆☆





Kalau ada yg nak tahu rahsia lebih lanjut anytime boleh hubungi saya wassap saya msg pun boleh..tekan no ni :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com