Pages

Monday 29 June 2015

Check Up Qayyim setahun


Harini 29 Jun 2015 hari kena check up Qayyim cukup setahun. Tengok muka Qayyim tuh..kecut perut ke apa hehe. Kali ni datang checkup kat Klinik Kesihatan Menglembu, Ipoh since kami dan pindah ke sini sejak April haritu.

Appointment pukul 2.00 pm, tapi kami dah terpacak sejak pukul 1.30 pm lagi. Bukan tak tahu orang tua kan, suka nak cepat-cepat. Nak no 1st haha. Once Nurse buka pintu kamilah orang pertama daftar hehe.

checkup Qayyim 29 jun 2015
berat = 9.3kg
Panjang = 73cm
BMI = 16.8

Nurse kata semua ok.. sebab tak lepas line kuning hehe.
Nurse siap kata badan nampak gempal tap berat kurang,HAIRAN haha.
(Qayyim lasak la nurse, kurang makan lepas tumbuh gigi ke 5 beliau aritu)

Ok semasa checkup tu nurse ada tanya minum susu apa, eta jawab susu ibu ja nurse. Then nurse siap tanya oh banyak ya susu awak,awak makan apa? Sekali pam dapat berapa oz. Eta jawab alhamdulillah nurse sekali pam dapatlah 9 ke 11 oz, kadang dapat 13oz hehe. Saya amik full set menyusu Shaklee. Nurse kata oh patutlah,banyak saya dengar susu jadi banyak lepas amik set shaklee. Yer nurse sayalah buktinya (Dengan bangganya jawab hahha). Nurse tu gelak sambil kata patutlah Qayyim gebu geram ja tengok dia,macam anak cina sebijik haha. (eh kan Qayyim ada gen cina haha) maksudnya kakaknya Qayyum tak ada lah nampak mcm cina sangat kan.

Ok its time to Qayyim kena cucuk. (xdan snap gambar huhu..sibuk sembang ngan nurse ).
Alahai Qayyim sibuk nak jalan-jalan turun pulak dah.Pegang dia meronta-ronta nak turun. Humm kasi nenen ja lah. Nasib baik beliau nak nenen hehe.. Sedap Qayyim tengah menyusu, nurse cucuk sejarum kat dia..Haaaa tak nangis ok,,rilex ja sambung nenen. Abis nenen dia tengok tangan then terus bukak kapas tu,,rimas agaknya,,haha mcm tak ada apa ja..kuat juga anak mummy nih.

Ok kat bawah ni eta share perkembangan bayi setahun, rujuk pada buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak KKM. (Alah buku pink tu haa yang kita bawak p checkup kat kk)

Bayi berdiri tanpa bantuan - Qayyim dah lari-lari kadang-kadang jatuh bila dia tak dapat balance.

Bayi mengambil benda kecil dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk - Qayyim dah boleh ambil dan bagi kat orang sambil kata 'NAH'.

Bayi mengetuk 2 objek satu sama lain - Ini memang favourite Qayyim. Beliau suka amnil lego ketuk2 sambil bunyi ahh..ahh. Pastu golek2 kaki naik atas hehe happy kot.

Bayi menyebut da-da/ma-ma tanpa makna - Yang ini pun dah teror, siap boleh panggil (ammi, jie, di)

Bayi boleh bermain tepuk amai-amai atau melambai tangan - Yang ini pun dah master hehe.. lambai-lambai dan tunjuk-tunjuk kalau nampak binatang seperti kucing dan anjing..suka sungguh siap lonjak-lonjak badan.

Semua jawapan di atas nurse tick YES. Qayyim lulus.

Sambutan Majlis Hari Lahir Qayyim Lee Rui Yi Satu Tahun


Semalam 28 Jun 2015 genaplah anak kedua eta Qayyim Lee Rui Yi setahun. Alhamdulillah. Kita nyanyi lagu selamat dulu untuk Qayyim ya.

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Qayyim Lee Rui Yi
Allah selamatkan kamu

Tepuk tangan sikit alhamdulillah.

Kebetulan sambutan hari lahir Qayyim jatuh pada ramadhan kali ni so tak dapatlah nak buat birthday party untuk beliau. Qayyum dulu buat majlis kat KFC. (yela anak 1st excited lebih kan hehe). Untuk Qayyim kita buat kecil-kecilan dulu beli kek ja eh kek baskin robbins tau heehe. Semangat mummy pilih bila daddy tanya nak beli kek apa kat Qayyim. Mummy yang excited lebih nak makan aiskrim baskin robbin ni hahaha. Tapi berbaloi ya sedap ya amat. Ok2 nak citer pasal birthday Qayyim lah..pasal kek baskin robbins ni eta kongsikan kat entry lain ya.


Kita sambut kat rumah mama (nenek Qayyim kita panggil mama). Hanya potong2 kek ja ya. Kena nyanyi2 baca doa cepat2 takut kek tu cair,kek aiskrim. (mummy daddy tgk ja dulu sebab puasa,malamnya kami makan puas-puas). Selain kek mama ada buatkan 2 biji telur pink. Yang eta tahu setiap kali birthday Qayyum or husband mesti mama buatkan telur pink ni. Maksudnya eta pun tak tahu. Bila tanya husband dia kata memang macamtu makan aje. Qayyim ni tak suka telur,suap sikit dibuang keluar ,jadilah janji masuk ambil hati mama susah-susah buatkan telur pink tu kan.


ini pula gambar kami sekeluarga mummy daddy Qayyum dan Qayyim. Moga ini menjadi kenangan buat adik. Besar nanti bila baca entry ni adik mesti berbunga-bunga hatinya tanda kami semua sayangkan adik.


Happy birthday adik Qayyim. We love you so much. 
Di umur setahun adik dah ada 5 batang gigi, pandai sebut 'ammi', 'jie','di','mama'
Kalau adik nak apa2 adik sebut 'Nak'
Kalau nak bagi barang adik kata 'Nah'
Adik dah boleh jalan-jalan lari-lari tapi still tak boleh balance.selalu jatuh2 dan nangis hehe.
Adik masih minum susu ibu sepenuhnya sebab tu adik kuat alhamdulillah.




Friday 12 June 2015

8 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplement

Mengapa tubuh perlukan makanan tambahan dan vitamin supplement? Masih tidak cukupkah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang?

Menurut pakar Nutrisi terkemuka, Dr Ray Strand definisi gaya hidup sihat di era moden ini adalah MAKANAN SEIMBANG, SENAMAN DAN MAKANAN TAMBAHAN!

Berikut disenaraikan 8 sebab utama badan kita perlukan vitamin supplement iaitu dengan bahasa mudahnya MAKANAN TAMBAHAN.

  1. Tubuh kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi dari makanan. Vitamin dari pemakanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan dan anti penuaan.
  2. Buah-buahan dan sayuran mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
  4. Gangguan penyerapan zat makanan dalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik.
  5. Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein yang berlebihan, lemak, kolesterol, gula dan garam telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral.
  6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.
  7. Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
  8. Persekitaran yang tercemar dan immunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit.
Dengan itu Supplement atau makanan tambahan bukan lagi pilihan TETAPI merupakan insurans kepada saya, keluarga dan anda semua bagi memastikan kesihatan lebih terjamin. Kesihatan adalah anugerah tak ternilai. Mencegah lebih baik dari mengubati. 

Anda boleh memilih berbagai-bagai jenis jenama produk kesihatan dan supplement di luar saya. Untuk saya dan keluarga sudah tentunya SHAKLEE. 

Berminat untuk mendapatkan produk SHAKLEE boleh hubungi saya.


Nur Hazrita Binti Abdul Kahar (eta)
Shaklee Independent Distributor (ID 1072211)
0125785845 
hazritakahar@gmail.com
https://www.facebook.com/nurhazrita
https://www.facebook.com/vitaminsupplementeshop
COD : Area ipoh








Thursday 11 June 2015

Kenapa Perlu Pilih Vitamin C Shaklee?


Jadual di atas eta nak buat perbandingan kenapa vitamin C shaklee lebih berbaloi untuk kita dapatkan berbanding jenama vit C yang lain.

Pertama sekali kita tengok kat harga yer. Harga vitamin C shaklee jauh lebih tinggi berbanding jenama yang lain tapi cuba tengok kuantiti dan bilangan tablet yang ada dalam setiap botol. Vitamin C shaklee ada 180 tablet dan bila dibahagikan dalam sehari kita hanya belanja rm 0.50 untuk setiap sebiji tablet vitamin c shaklee. Kalau pengambilan sehari sebiji boleh tahan selama 6 bulan. Harga tertera adalah untuk harga bukan ahli. Harga untuk ahli jauh lebih murah dan tentunya lagi jimat bukan?.

Keduanya ialah setiap Tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) atau dengan bahasa yang lebih mudah 1 tablet bersamaan 7.5 biji buah oren. Dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Mampukah kita makan 7 biji oren sehari dan kalau mampu bagaimana pula dengan harga yang perlu kita bayar, sudah tentu lebih dari rm0.50 sehari kan? lagipun buaha-buahan hanya akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum;buah yang tidak masak ranum mempunyai vitamin c yang sedikit. Kandungan vitamin c pada buah pula akan berkurangan separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila tededah kepada kepanasan.

Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C dalam 2 tablet vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg  bioflanovoid (25% dari bioflanovoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia Mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.


Sekiranya anda mengambil dosage Vitamin C sehingga 500-1000mg tanpa teknologi 'Sustained Release" anda mungkin mahu pertimbangkan semula pelaburan wang anda yang bakal berakhir membazir di urin.

Buatlah pilihan yang bijak!!!

Kalau nak cuba vitamin c shaklee bolehlah hubungi eta. Insyaallah eta akan giude cara makan yang betul. Sebaiknya join ahli shaklee sebab harga vitamin c jauh lebih murah.


Nur Hazrita Binti Abdul Kahar (eta)
Shaklee Independent Distributor (ID 1072211)
0125785845 
hazritakahar@gmail.com
https://www.facebook.com/nurhazrita
https://www.facebook.com/vitaminsupplementeshop
COD : Area ipoh


Fakta Tentang Vitamin C Shaklee




Sustained Release Vita-C PlusTM 500 mg


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam


Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vitamin C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.



Perbezaan SHAKLEE


Setiap Tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) atau dengan bahasa yang lebih mudah 1 tablet bersamaan 7.5 biji buah oren. Dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.


Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C dalam 2 tablet vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg  bioflanovoid (25% dari bioflanovoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia Mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.



Manfaat utama 


- Membentuk kolagen
- Memperbaiki Simptom Pendarahan
- Peningkatan Sistem imun
- Memerangi Kanser
- Mencantikkan kulit
- Memperbaiki Imsomnia
- Mengekalkan kolesterol sihat



 
Nur Hazrita Binti Abdul Kahar (eta)
Shaklee Independent Distributor (ID 1072211)
0125785845 
hazritakahar@gmail.com
https://www.facebook.com/nurhazrita
https://www.facebook.com/vitaminsupplementeshop



Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

51 Tempat Makan Yang Sedap Di Ipoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ni eta nak kongsikan 51 tempat makan yang sedap di Ipoh. Senarai ni semua kawan ofis husband eta yang bagi since tiap kali nak keluar makan mesti tanya kat wassap hehe. So Diorang listkan tempat-tempat ni semua. Kebanyakannya eta dah try dan memang sedap dan confirm beratur tunggu turn makan hehe. Ok jom tengok senarai-senarai ni dulu kalau ada penambahan bolehlah komen ya. Next entry eta akan kongsikan satu persatu setiap kedai yang eta terjah.


1) Gomok Cafe - Pekan Ipoh 2) Spoof Burger RJ Boutique - Tg.Rambutan 3) Laksa Telur Goreng Bersarang - Bandar Seri Botani. 4) Nasi Lemak Antarabangsa - medan gopeng 5) Restoran Kampung Ipoh - Sunway city 6) Eightmiles8 burger banjir - Ulu Kinta 7) Esah Santai Cafe - Station 18 8) Koboi Town Cafe- Tmn Chepor Impian 9) Rowcome Corner - Sg. Rokam 10) Gasoline Cafe - Rapat Setia 11) Sumo Kitchen - D'Polo Catering Padang Polo 12) The Red Western - Angsana Mall 13) Food Projek - Sunway city 14) D'Patin Temerloh & Grill - Stadium Ipoh 15) Elnegra Deli Cafe - Jln Sultan Idris 16) Mat Periuk - Bercham/ Tmn Desa Tambun 17) Restoran Bintara - Ampang 18) Ipoh Kitchen Grill - Gng Rapat ( Dibuka semula 5 jun 2015) 19) Konda Kondi - Pekan IPOH 20) Thumbs Cafe - Greentown 21) Karat Cafe - Greentown 22) Manora Cafe - Meru 23) Maggie Ketam Sham Ipoh - Tmn Meru 24) Makan Best Ipoh cake&cafe - meru 25) kedai kopi dulu dulu 26) Restoran Nasi Ayam Fauziah 27) Cherry Corner - Jelapang 28) Sudu Garfu Cafe - Tasek 29) Classic 253 - Stadium Ipoh/Bercham Raya 30) Nasi Lemak Ayam Kampung - Jln Yang Kalsom 31) Mee Udang Di Raja - Tg. Rambutan 32) O'nine Steam Burger Ipoh - Bndr Seri Botani 33) David Diner - Greentown 34) 21 Griller Burger - Riverfront 35) Sudu Cafe - Medan Gopeng 36) Char Kuey Teaw Ketam - Tmn Ipoh Jaya 37) Char Kuey Teaw Udang Galah - Manjoi 38) Char Kuey Teaw Twins - Tepi Mydin Meru 39) Nellis Dellis - Greentown 40) Tomyam Pok Tek Kelapa Muda - Jelapang 41) Chop² Cafe - Tg. Rambutan 42) Next Generation Burger - sebelah kak ani bercham 43) Mee Grg Sedap - KTM Tg. Rambutan 44) Burger Camp - Greentown 45) Hobo Cafe-gerbang malam 46) Mee Kari Kak Yah - Tmn Kledang 47) The Pots Cafe - Tmn Perpaduan 48) Nasi Wanggey - Jln Yang Kelsom 49) Mecca Tower Nasi Arab - Dekat Mydin Meru 50)Kopitiam Avenue - Ipoh Parade 51) Nasi Lemak Kukus Kak Leha - tmn perpaduan

Wednesday 10 June 2015

Sekeping Hati Yang Kental

 Sekeping hati yang kental. wah romantis la pulak cikta malam2 nih hehe..
tiba-tiba rasa nak share sebab hati eta kurang kental walau orang selalu kata saya ni kuat dan kental. Ya lah kita manusia kadang di atas kadang di bawah. Terpulang pada kita macamana nak handle situasi kan. Selebihnya Allah Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku pasti bersebab,salah satu contoh yang dialami oleh eta sendiri semalam, terlepas simpang menghala ke stokis shaklee, takut dan risau sesat lagi. Pernah 2 jam eta sesat hanya berpusing-pusing dalam bandar Ipoh saja, eta masih tak 'expert' jalan-jalan di Ipoh ni. Rupanya Allah 'sesatkan' eta kerana nak tunjuk jalan yang lebih dekat dan senang untuk ke stokis shaklee tanpa perlu membuat pusingan U Turn seperti biasa. Subhanallah hebat sungguh perancangan Allah. Sama juga dalam bisnes, gagal sekali bukan gagal untuk selama-lamanya. Untuk berjaya perlukan gagal berkali-kali. Yang penting usaha dan tak pernah putus asa. Allah tak izinkan lagi untuk kita berjaya kali ni mungkin mahu kita belajar lebih lagi supaya apa sahaja dugaan mendatang selepas ini, dah kebal orang kata. Pengajaran yang eta dapat dari situasi tersebut, harus berbaik sangka dengan Allah, jangan mengeluh, banyakkan istighfar, zikir dan mendekati Nya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan dituduh Allah itu kejam kerana Dia lebih Mengetahui. 

ok lah jom layan lirik lagu ni
mendalam maksudnya
Untuk berjaya dalam pendakian ke puncak
modal yang diperlukan hanyalah sekeping hati yang kental
.............................................................................................................................
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Tuesday 9 June 2015

Bahaya Kekurangan Protein


Cara Nak Hilangkan Sakit Pinggang dan Belakang Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni eta nak kongsi artikel ni yang eta jumpa semasa tengah scroll facebook. Bagus untuk mummy yang sedang mengandung di luar sana. Sakit pinggang dan belakang perkara biasa untuk mummy mengandung. Ok mari kita baca artikel di bawah. Moga bermanfaat umtuk mummy semua ya.
====================================
Cara nak hilangkan sakit belakang untuk ibu mengandung Sakit Pinggang Dan Belakang (Source: Dr Hamid Arshat)
====================================
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.
===================================
Mengatasi Sakit Belakang Dan Pinggang (Source: Kak Engku Bidan Bersalin)
====================================
Sakit pinggang dan sakit belakang adalah gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali menggangu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan.
Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini. Berikut antara cara yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut.
Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
Elakkan berdiri terlalu lama.
Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.
====================================
Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung (Source: Bengkung Moden)
====================================
Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.
Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian,wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta
Elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang anda.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com