Pages

Saturday 21 June 2014

Tips bawa anak ke surau atau masjid

Mungkin ada ibu bapa di luar sana yang berasa tak yakin untuk pergi ke masjid atau surau dan bawa anak kecil bersama. 

Antara 10 tips yang boleh saya kongsikan adalah :

1.Niat. Ikhlaskan diri mahu bawa anak kerana mahu biasakan mereka dengan suasana masjid. Moga-moga anak ini sangat mencintai masjid apabila dewasa nanti.

2.Pastikan masjid atau surau adalah mesra kanak-kanak. Selalunya masjid/surau yang besar agak mesra. Kalau yang bersaiz kecil, anak-anak pun rasa tak puas mahu berlari. Mak ayah mula rasa stress jika 'ditegur' oleh jemaah lain.

3.Sebelum dibawa ke masjid/surau, pastikan anak sudah kenyang dan selesa. Sebelum keluar, mandikan dan beri makan dahulu.

4.Gantikan pampers. Walaupun Fatih sudah tidak memakai pampers, saya tetap pakaikan juga jika mahu ke masjid. Alhamdulillah, Fatih boleh bertolak ansur.

5. Bawa bekal makanan, air dan persalinan baju sebagai persediaan.

6.Beritahu pada anak tentang tujuan kita hendak membawa mereka ke masjid/surau.

7.Boleh bergilir dengan suami ketika mahu solat. Biasanya suami yang solat jemaah, lebih afdalnya begitu. 

8.Jika anak dah tunjukkan tanda tak selesa seperti menangis, mengamuk atau membaling barang, sudah masanya untuk pulang ke rumah.

9.Ibu mesti kuat semangat kalau terasa penat. Maklumlah anak-anak aktif berlari kesana-kemari di dalam masjid. Saya selalu fikir macam ini : kalau dibawa ke shopping kompleks boleh, masakan pergi ke masjid sekejap tak boleh.

10.Tebalkan telinga jika ada suara halus yang menegur tentang larangan membawa anak ke masjid/surau. Ingat, Islam tidak pernah menjadikan anak kecil penghalang dengan Allah.

Nabi S.A.W sangat menyayangi anak-anak kecil. Banyak kisah tauladan bagaimana Nabi meraikan anak-anak kecil ketika berada di masjid. Subhanallah. Alangkah indahnya andai baginda S.A.W ada bersama kita pada waktu ini.

Credit to kak maisyarah mah
Rakan fb saya atas perkongsian ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com